3 Cara Fundamental Untuk Naikkan Sales Bisnes Anda

Semua orang bisnes mengimpikan sales yang bertambah dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Sales yang bertambah besar membawa erti pulangan untung yang bertambah banyak kepada bisnes.

Ada 3 cara fundamental yang membolehkan sales sesuatu syarikat menjadi meningkat. 3 cara ini tidak terikat kepada jenis produk, atau channel atau model bisnes yang digunakan. Ianya panduan universal yang boleh digunapakai kepada semua bisnes, samada kecil mahupun besar.

Berikut adalah 3 cara untuk menaikkan sales bisnes anda;

1. Tingkatkan bilangan pelanggan

Logik bukan? Bilangan pelanggan bertambah bermakna sales akan meningkat. Itu semua orang bisnes tahu.

Apa yang orang bisnes biasanya tidak tahu ialah, meningkatkan bilangan pelanggan adalah CARA PALING MAHAL untuk meningkatkan sales.

Kebanyakkan perniagaan pula hanya memfokuskan kepada mendapatkan pelanggan baru sebagai satu-satunya strategi menaikkan jualan masing-masing. Mereka meleburkan duit sebanyak-banyaknya dan mengharapkan pulangan yang mampu menampung perbelanjaan yang telah dikeluarkan.

Berikut ialah kos purata mengikut industri untuk mendapatkan pelanggan baru di US

  • Travel: $7
  • Retail: $10
  • Consumer Goods: $22
  • Manufacturing: $83
  • Transportation: $98
  • Marketing Agency: $141
  • Financial: $175
  • Technology (Hardware): $182
  • Real Estate: $213
  • Banking/Insurance: $303
  • Telecom: $315
  • Technology (Software): $395

Sumber: Entrepreneur dan Kurt Kummerer

Mahal bukan?

Berapakah kos untuk mendapatkan pelanggan baru untuk bisnes anda?

Bagi pemilik website e-commerce, cara menambah pelanggan ialah dengan menambahkan traffik ke website masing-masing. Namun statistik menunjukkan, hanya sekitar 1% sahaja pelawat baru yang memasuki website akan membeli.

Lalu sedarlah kita, memfokuskan 100% usaha untuk menambah pelanggan baru bukanlah cara paling efisen untuk menaikkan sales bisnes.

 

2. Tingkatkan average order value (nilai pesanan purata)

Apabila average order value meningkat, sales akan naik walaupun bilangan pelanggan tidak bertambah. Betul?

Persoalannya, bagaimana nak tingkatkan average order value?

Kita boleh tingkatkan average order value dengan banyak cara.

Salah satu caranya ialah dengan menawarkan upsell & cross-sell.

Upsell : Menawarkan produk model yang lebih mahal atau tambah add-ons, atau warranty yang berkaitan dengan produk asal. Contohnya iPhone 8 model 64 GB, upsell iPhone 8 model 128GB atau 256 GB, berserta warranty lanjutan 3 tahun

Cross-sell : Menawarkan produk lain yang berkaitan dengan produk asal untuk dibeli bersama. Contohnya bagi produk iPhone 8, cross-sell produk seperti headphone, wireless charging, powerbank dan seumpamanya

Selain itu, kita juga boleh tawarkan penghantaran percuma untuk pembelian yang mencapai nilai tertentu. Dengan cara ini kita menggalakkan pelanggan untuk membeli dengan lebih banyak seterusnya meningkatkan average order value secara keseluruhan.

Secara langsung, sales akan meningkat.

Indahnya cara kedua ini ialah, ia tidak memerlukan sebarang kos. Anda menjual kepada pelanggan yang telah “membuka dompet” untuk membeli atau kepada pelanggan yang sudah menjadi pelanggan dan sudah mempercayai anda dengan duit mereka.

 

3. Tingkatkan frekuensi pesanan pelanggan

Frekuensi pesanan meningkat, sales akan naik.

Bayangkan jika anda berjaya buat pelanggan yang biasanya membeli dengan anda setahun sekali bertindak membeli dengan anda sebulan sekali. Bagaimana agaknya sales bisnes anda selepas itu? Meletup? Ya sudah tentu!

Namun ia bukan sesuatu yang mudah. Kita perlu satu sistem pengurusan pelanggan yang cekap & efisen seperti sistem e-commerce. Itu pun memerlukan setup dan kefahaman yang dalam dalam memahami data pelanggan.

Jika kita belum ada sistem, apa yang boleh dilakukan ialah dengan melakukan followup secara manual satu per satu. Renyah tapi setidak-tidaknya ia tidak memerlukan kos semahal mendapatkan pelanggan baru.

 

Saya percaya dengan mengabungkan ketiga-tiga strategi di atas SEKALIGUS adalah cara paling berkesan dan ekonomik untuk menaikkan sales perniagaan anda. Saya berharap pembaca mendapat manfaat dari penulisan saya kali ini. Jika ada soalan mohon ajukan di ruangan komen.