Apa Masalah Website Ecommerce Saya?

“Apa masalah website ecommerce tuan?”

“Masalahnya tak ada sales, tuan.”

“Sales ni memang masalah semua orang tuan. Average traffic sehari berapa tuan?”

“Adalah dalam dua tiga puluh orang…”

“Ok masalah website ecommerce tuan ialah traffic bukannya sales. Jadi selesaikan masalah tak ada traffic dulu.”

Kenalpasti masalah dan selesaikan masalah itu dahulu. Kita mungkin ada 1000 masalah lain yang hanya berpunca dari 1 masalah utama.

Traffik ke website ecommerce adalah masalah biasa bagi mana-mana website ecommerce.

Penyelesaian?

Ada 2 cara untuk dapatkan traffic iaitu cara percuma dan berbayar.

Traffic percuma

  1. Buat content marketing. Buat blogpost yang ingin dibaca oleh bakal pelanggan kita.
  2. Kutip database subscriber. Buat email marketing.
  3. Affiliate marketing juga salah satu cara untuk naikkan bilangan traffic

Traffic berbayar

  1. Facebook ads
  2. Google Adwords
  3. Influencer & Blogger – Minta mereka review produk & bawa traffic masuk ke website
  4. Beriklan di website strategik

“Tuan, website ecommerce saya traffic dah banyak tapi sales tak banyak.”

Pertama sekali kita nak kena tahu kenapa traffic yang masuk ke website tak membeli. Kemungkinan ada beberapa sebab.

1. Masalah pada website (website load lambat, proses membeli terlalu complicated, website tiada elemen trust & secure, tiada payment option yang diingini prospek etc)

Penyelesaian : Optimize website.

2. Traffic yang datang tiada kualiti (salah target market, traffic yang tak suka membeli guna website, etc)

Penyelesaian : Lihat balik kepada marketing funnel. Dari mana traffic datang, dan pada landing page apa traffic mendarat. Baca ebook Rahsia Ecommerce Funnels => https://bomstart.my/ref1/

3. Masalah grafik & copywriting pada website

Penyelesaian : Tambah ummpp pada grafik & copywriting. Guna gambar produk yang lebih professional (kualiti tinggi) dan copywriting yang senada dengan gambar produk tadi.