Saya selalu bercakap tentang betapa pentingnya untuk kita memberikan value terlebih dahulu kepada bakal pelanggan sebelum kita menerima value dari mereka dalam bentuk transaksi jualan. Ini ialah teknik marketing yang penting dan sangat berkesan untuk jangka panjang.
Bayangkan content marketing, aktiviti berkongsi tips, memberikan ebook secara percuma, atau memberikan panduan tertentu dan seumpamanya.
Saya bincang hal ini dengan panjang lebar dalam topik marketing funnel dalam ebook Rahsia Ecommerce Funnels.
Walaubagaimanapun, saya rasa perkataan “value” yang digunakan di sini tidak mendasar. Kita tidak feel dengan perkataan value.
Lalu hari ini saya ingin perkenalkan satu perkataan yang lebih dekat dengan jiwa kita terutamanya orang melayu iaitu perkataan BUDI.
Memberi value kepada bakal pelanggan umpama kita menabur budi kepada bakal pelanggan. Saya fikir ramai yang akan setuju kalau saya kata, orang melayu sangat sensitif dengan budi.
Banyak pantun melayu yang menjunjung tinggi akhlak berbudi. Antaranya ;
Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung
Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi
Banyak ubi perkara ubi
Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi baik dikenang orang
Lipat kain lipat baju
Lipat kertas dalam puan
Dari air menjadi batu
Sedikit tak lupa budi tuan
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Jadi, walaupun kita berbisnes, perbanyakkanlah menabur budi kepada targeted audience. Satu hari mereka akan membalas budi kita dengan tansaksi jualan yang berterusan atau membawa pelanggan kepada kita.
Adakah anda telah mencuba teknik marketing ini?