5 Sebab Kenapa 2018 Tahun Terbaik Untuk Memulakan Bisnes Ecommerce

2018 adalah tahun terbaik untuk kita invest untuk masa depan yang lebih automatik dengan ecommerce. Jika kita tidak mula belajar dari sekarang, kita pasti akan ketinggalan jauh kebelakang…

1. Kemudahan Infra Yang Meluas

  • Platform Ecommerce – Banyak platform ecommerce mudah guna muncul samada dari pemain local mahupun pemain global. Platform seperti Shopify & Woocommerce mengungguli carta platform global manakala Easystore, Avana, Sitegiant dan seumpamanya adalah antara platform lokal. Kesemua platform ini LEBIH MUDAH untuk digunakan jauh berbeza jika dibandingkan dengan 5 tahun lepas.

Baca Perbandingan Shopify & Woocommerce Di Sini

  • Marketplace – Marketplace juga salah satu platform yang bagus untuk dicuba jika baru berjinak-jinak dengan ecommerce. Apapun selepas main marketplace, saya rekemen untuk kita guna website ecommerce kita sendiri. Jangan letakkan semua telur dalam bakul orang lain.
  • Payment Gateway – Sekarang banyak pilihan payment gateway dengan kadar charge per transaksi yang jauh lebih murah kerana persaingan. Kalau dulu charge per transaksi mungkin lebih 3%, kini payment gateway provider terpaksa turunkan charge kepada 2.5% dan ada payment gateway provider yang menggunakan fix charge per transaksi pembayaran yang berlaku.
  • Servis Kurier – Ledakan trend bisnes online memeriahkan industri logistik terutamanya untuk menampung demand servis penghantaran parcel terus ke pengguna. Semakin banyak pemain baru dalam industri logistik yang menawarkan perkhidmatan yang lebih murah, cekap, dan boleh dipercayai.
  • Galakkan Dari Kerajaan – Kerajaan menerusi agensi seperti MDEC misalnya mempunyai roadmap tersendiri untuk memaksimumkan impak industri ecommerce dan menjangkakan ia akan menyumbang sehingga RM211 billion menjelang 2020. Pelbagai dana dalam bentuk geran, sokongan dalam bentuk training, dan event seperti MYCYBERSALE di jalankan untuk merancakkan lagi pembangunan ecommerce di Malaysia.

2. Behavior Market Sudah Mula Berubah

Jika 10 tahun lepas, market Malaysia sangat skeptikal dengan ecommerce. Namun kini tidak lagi. Kita lihat saban tahun Lazada mengeluarkan data pembelian setiap kali selepas promosi besar-besaran. Angka berganda saban tahun. Kemudian kita dapat lihat Shopee sebagai pemain baru dalam arena market place mula mencabar lazada.

Pertembungan kedua-dua gergasi ini akan memberi kebaikan kepada pengguna akhir dari segi perkidmatan, pilihan harga yang lebih baik, dan sekaligus membentuk habit pengguna membeli online di website.

Ada orang kata, rakyat Malaysia lebih suka membeli di Whatsapp. Persepsi mungkin betul tapi ia tidak dapat disokong oleh data. Tidak ada satu unified data pun yang telah dikumpul boleh sahkan jualan keseluruhan di Whatsapp dalam tahun 2017 naik berbanding 2016. Dan begitulah seterusnya.

Sebaliknya bagi ecommerce, kita boleh rujuk data yang dikeluarkan oleh banyak sumber antaranya Statista.com di bawah :

3. Produk Semakin Mudah Dicari

2018 bukan lagi tahun untuk kita sakit tak tahu produk apa yang kita nak jual. Ini ialah tahun kita execute semua perancangan yang kita ada. 

Produk boleh diperolehi dari :

  • OEM Tempatan – Banyak kilang yang menawarkan produk berbentuk OEM. Kita hanya perlu siapkan logo & packaging dan tempah produk dengan kuantiti tertentu (minimum order quantity)
  • GM Klang, Plaza Kenanga etc – Nak jual produk borong dari China? Kita boleh terus ke GM Klang atau Plaza Kenanga untuk borong dengan harga mudah dan jual dengan harga retail melalui channel jualan yang kita tetapkan
  • Alibaba.com – Nak jual barang unik ada brand sendiri? Kita boleh ke Alibaba.com dan pilih produk yang kita ingin jual. Kita boleh letakkan jenama kita pada produk & packaging dan amanahkan kilang di China untuk buat produk tersebut. Kita bayar kepada Alibaba.com, dapat barang barulah Alibaba release payment kepada supplier. Selamat.
  • AliExpress – Taknak simpan stok? Taknak tanggung risiko produk tak habis bawah katil? Boleh guna sistem Alidropship untuk ecommerce samada menggunakan plugin Alidropship atau Oberlo untuk Shopify.

  • Borong Terus Dari China – Ada modal besar? Boleh terus terbang ke Guangzhou untuk melihat sendiri produk yang boleh di bawa pulang untuk diletupkan di Malaysia.

4. Panduan Mula Ecommerce Sudah Ada

Saya teringat kembali memori ketika saya mula berjinak-jinak dengan ecommerce sekitar tahun 2009. Ketika itu, saya terpaksa belajar semuanya sendiri dari internet. Buat dan gagal dan buat dan gagal. Berkali-kali.

Kadang-kadang kita rasa kita tahu, tapi kita tidak faham secara keseluruhan tentang bagaimana dan kenapa. Kita baca buku, baca blog, hadiri webinar tapi masih tiada hala tuju. 

Selepas lebih 8 tahun dalam dunia ecommerce secara hands on, saya menulis sebuah ebook bertajuk Rahsia Ecommerce Funnels sebagai fundamental untuk dibaca dan diambil inspirasi oleh pemain ecommerce yang baru nak berjinak-jinak dengan ecommerce pada tahun 2018.

Baca Lanjut Tentang Ebook Ini Di Sini

5. Market Retail Perlahan-lahan Di Makan Market Ecommerce

Market retail di Malaysia bagi tahun 2017 hanya mencatatkan kenaikan (growth) pada kadar 2% berbanding 3.8% bagi tahun 2016. Walaupun banyak faktor luar seperti faktor ekonomi, faktor kenaikan kos sara hidup dan sebagainya, kita juga jangan menutup mata dengan faktor meledaknya industri ecommerce dan bisnes online di Malaysia.

Bayangkan habit rakyat Malaysia yang biasanya membeli di pasaraya besar kini bertukar kepada habit menunggu sales yang dijalankan oleh Lazada, 11Street, Shopee dan seumapamnya. Adakah ianya menyumbang kepada terbantutnya growth industri retail di Malaysia?

Mungkin kerana kerisauan itu jugalah kita lihat banyak retailer besar dan ternama telah memulakan inisiatif channel ecommerce tersendiri. Kita dapat lihat Mr DIY, Guardian, Kedai Buku Popular, Decathlon dan banyak lagi yang mula membuka unit ecommerce masing-masing.

Di US, fenomena mall ditutup sudah biasa akibat perubahan pola pembelian penggunna di sana.

Saya harap pembaca mendapat perspektif baru selepas membaca tulisan saya dalam post kali ini. Semoga tulisan ini bermanfaat.