10 Winning Product Checklist : Ciri-Ciri Winning Product Yang Sesuai Untuk Bisnes Ecommerce Malaysia

Ini ialah 10 ciri winning produk yang perlu diambil kira sebelum kita membuat keputusan untuk memulakan bisnes. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat.

1. Sales Cycle Pendek

Semua produk ada sales cycle masing-masing. Produk makanan misalnya mempunyai sales cycle sangat pendek. Manakala produk yang lebih mahal seperti kereta mempunyai sales cycle yang lebih panjang. Produk supplemen pula mungkin mempunyai sales cycle sekitar 30 hari.

Ciri-ciri produk yang bagus biasanya mempunyai sales cycle yang pendek untuk membolehkan produk tersebut dijual berulang-ulang kepada pelanggan yang sama.

Ini kerana kita tidak perlu mengeluarkan kos mendapatkan pelanggan baru jika kita boleh jual berulang-ulang produk yang sama kepada pelanggan yang sama. Ini membolehkan kita mendapat untung yang lebih banyak melaluinya.

2. Market Produk Yang Besar

Berapa besar market sesuatu produk? Jika produk yang ingin dijual sangat diperlukan oleh semua orang dari umur 0 hingga 100 tahun, kita boleh kata ia mempunyai market yang sangat besar.

Biasanya untuk setiap produk yang sedia ada dalam pasaran kita boleh tahu saiz marketnya, berapa sales produk tersebut setahun dan berapa growth bagi sales produk tersebut secara tahunan.

Apabila kita masuk ke niche tersebut bermakna kita tahu berapa besar “kek” yang ingin kita rebut.

3. Produk Yang Masih Blue Ocean

Ramai orang suka masuk ke dunia bisnes dengan produk yang sudah ramai pesaing dalam pasaran. Produk-produk ini boleh dikatakan sudah berada dalam pasaran red ocean yang susah untuk kita bersaing di dalamnya. Perang harga sudah berlaku dalam pasaran tersebut.

Dalam buku Blue Ocean Strategy, ada 4 cara (dipanggil ERRC) untuk kita olah produk biasa kepada produk baru untuk market yang blue ocean. 

  • Eliminate – Menghilangkan sama sekali ciri atau fungsi pada produk sedia ada yang tidak penting atau tidak dihargai
  • Raise – Menaikkan apa-apa ciri pada produk sedia ada dalam pasaran
  • Reduce – Mengurangkan apa-apa ciri atau fungsi pada produk sedia ada dalam pasaran
  • Create – Mencipta ciri atau fungsi baru yang tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana produk sedia ada

Dengan 4 cara ini, kita akan menghasilkan satu produk baru yang tidak bersaing dengan mana-mana produk yang sedang berperang dalam pasaran.

4. Produk Yang Kita Sendiri Nak Guna

Secara peribadi, saya lebih suka produk yang saya sendiri nak guna. Kenapa?

  • Sebab kita akan faham perspektif customer yang nak guna produk
  • Kita akan lebih mudah target pelanggan yang tepat
  • Ia akan memberi ekstra motivasi terutamanya ketika kita mula meragui bisnes & produk
  •  Biasanya produk yang kita nak guna ini melambangkan perjuangan atau dengan kata lain, produk yang ada perjuangan

5. Produk Yang Boleh Tunjuk Result Visually Sebelum & Selepas

Kita hidup di zaman social media. Zaman ini visual samada dalam bentuk gambar ataupun video menjadi content yang sangat berkuasa untuk mempengaruhi keputusan pembelian.

Jadi produk yang boleh tunjuk result perbandingan secara visual sebelum & selepas adalah sangat penting (walaupun facebook tak benarkan iklan dalam bentuk perbandingan untuk produk tertentu).

Jika ada produk seperti ini, kita sangat mudah untuk menghasilkan content dan seterusnya boleh mencapai audience secara organik. Kita boleh guna influencer untuk post content tanpa perlu menggunakan facebook ads.

6. Produk Senang Lepas Iklan Facebook

Ada produk yang senang lepas iklan facebook. Ada produk yang susah lepas iklan facebook. ​

Antara jenis iklan produk yang susah lepas iklan facebook ialah seperti berikut;

  • Produk berkaitan Tembakau (Rokok dan sebagainya)
  • Dadah
  • Produk atau servis untuk orang dewasa (produk ubat kuat, perancang keluarga, ubatan seksual dan seumpamanya)
  • Kandungan yang mengelirukan (Janji produk yang terlalu hype dan seolah-olah menipu. Cth : Kurus dalam masa 3 hari)
  • Produk sistem pengawasan & keselamatan – Spy camera etc
  • Produk kontroversi – produk yang boleh menimbulkan rasa offended kepada orang yang membaca iklannya. Cth : “Adakah anda mandul?”
  • Iklan sebelum & selepas produk – Walaupun agak contradict dengan point no.5, saya berpendapat kita boleh gunakan content organic untuk content berbentuk sebelum & selepas.
  • Senjata – Tidak boleh jual senjata di facebook
  • Cryptocurrency – Tidak boleh jual program melibatkan cryptocurrency di Facebook

Kita boleh baca facebook guideline untuk mengetahui bentuk iklan yang boleh dan tak boleh di facebook.

7. Produk Untuk Wanita

Apa-apa produk yang dijual kepada kaum wanita biasanya sangat laris jualannya. Ini kerana wanita mempunyai kuasa & nafsu membeli yang jauh lebih tinggi dari lelaki.

Kaum lelaki pula biasanya akan berfikir agak lama untuk membeli sesuatu. Ini menjadikan masa yang diambil untuk close sale untuk produk lelaki menjadi agak lama. Kaum wanita pula, mereka membeli secara impulse buying tanpa merancang dahulu dan pembelian semata-mata berasaskan emosi dan tawaran diskaun menarik.

8. Produk Untuk Bayi & Kanak-Kanak

Young parents tidak kisah mengeluarkan duit untuk membeli apa-apa produk untuk bayi dan anak pertama mereka. Terutama sekali kepada young mothers.

Jadi produk untuk bayi dan kanak-kanak sehingga umur 4 tahun adalah antara market yang sangat hot sekiranya kita ingin berbisnes.

9. Produk Yang Boleh Bina Tribe/Fan Club

Ada produk yang mampu membuatkan penggunanya ingin menubuhkan fan club untuk pengguna produk. Contoh mudah ialah kereta. Mereka sangat passionate terhadap kereta yang mereka miliki dan bersedia untuk membantu sama lain berkongsi tips penjagaan kereta.

Contoh produk lain ialah jam G-Shock, produk Apple, Ubuntu (sistem operasi percuma yang berasaskan kepada komuniti).

Apa yang berlaku kepada produk-produk ini ialah, pengguna produk secara proaktif akan mempromosikan produk kepada orang lain tanpa dibayar dan ialah menjadi strategi marketing yang sangat berpengaruh.

10. Produk Yang Boleh Dijamin Dengan Moneyback Guarantee

Berapa ramai yang keluarkan produk, janjikan pelbagai benefit produk dan berani untuk jamin pulangan wang dikembalikan sekiranya pelanggan tak puas hati dengan produk?

Casper ialah satu brand di US yang menjual tilam. Casper menjamin tilam yang dibeli oleh setiap pelanggan boleh dipulangkan dalam masa 100 hari sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengannya dan duit akan dipulangkan kepada pelanggan 100%. Hasilnya? Casper mencatat jualan sebanyak $300 juta USD dalam masa 3 tahun sahaja.