Soalan : Ada satu produk jer boleh buat ecommerce ke?
Jawapan : Boleh dan sangat boleh!
Di US, fenomena ini sudah biasa. Banyak website yang memfokuskan hanya kepada satu produk terutama sekali pada peringkat permulaan. Kemudian dengan STRATEGI PRODUK, mereka menambah produk up-sell dan cross-sell satu persatu ke dalam sales funnel.
Kita boleh lihat contohnya seperti berikut :
1 – http://zumajuice.com/
2 – https://purple.com/
Di Malaysia, ia dikenali sebagai minisite. Tapi pendekatan kebanyakkan minisite ialah bukan sepenuhnya ecommerce. Minisite biasanya menggunakan borang pesanan (seperti onpay & ordersini) atau close sale terus di whatsapp.
Saya sangat sarankan untuk guna single product ecommerce kalau tuan ada “winning product” yang ada ciri-ciri berikut:
- Target market yang besar (menyelesaikan masalah (diperlukan) ramai orang)
- Ada ciri2 disruptive pada produk
- Produk yang sales cycle cepat (cth : repeat order dalam masa 30 hari)
- Produk yang kita boleh bagi 30 days money back guarantee
- Produk yang ada unfair advantage tertentu (disyorkan oleh selebriti etc)
- Produk yang ada banyak real testimoni positif samada dalam bentuk video mahupun text
Ecommerce untuk single produk agak menarik kerana kita hanya ada 1 produk sahaja untuk difokuskan.
Ianya akan menjadikan kita sangat expert tentang produk yang dijual, lebih mudah memahami pelanggan dan menguruskan expectation pelanggan.
Saya ada client yang sedang menggunakan ecommerce untuk single product menggunakan platform shopify.
Antaranya :
1 – https://9herbs.com/
2 – https://geniusmanjaku.com/
Saya percaya trend ini akan menular di Malaysia dalam masa setahun dua ke depan ini. Jadi, kemaskan funnel dan mula bertindak mulai sekarang!