Macam Mana Nak Tentukan Harga Jual Produk Bisnes Online?

Adakah anda bercadang untuk memulakan sesuatu bisnes?

Adakah anda sedang merancang untuk membeli produk secara pukal kemudian menjualnya kembali kepada pelanggan dengan sedikit margin keuntungan?

Apa formula yang ingin anda gunakan untuk menentukan harga jual produk?

Ada banyak cara dan formula untuk tentukan harga jual produk. Apa yang penting ialah, pastikan harga jual mampu untuk menangung semua kos operasi sepanjang jualan terhasil.

Sebagai panduan ringkas, saya biasa gunakan cara berikut;

Step 1 : Tetapkan Margin Keuntungan

Katakan kos yang terlibat sepanjang proses penjualan adalah seperti berikut;

  1. Kos Pos : A
  2. Kos Pemprosesan : B
  3. Kos Gaji : C
  4. Kos Peralatan : D
  5. Kos Inventori/Penyimpanan : E
  6.  Kos Iklan : F

A + B + C + D + E + F = X% daripada harga jual.

Bermakna ianya selamat untuk kita tetapkan margin (kasar) jualan X% atau lebih. Sekiranya kita jual barang tersebut kurang dari margin ini, maka kita akan mengalami kerugian dari segi operasi dan sekali gus kerugian kepada bisnes.

 

Step 2 : Kira Harga Jual

Contoh : Margin = 60%

Untuk menentukan harga jual, kita perlu lihat kepada harga kos produk (harga beli).

Harga Beli = a

Margin = 60%

Harga jual = b

b = a / (100%-60%)

Contoh :

Harga beli = RM40

Margin 60%

Harga Jual = 40 / (100%-60%)

= 40 / 40%

= 40 / 0.4%

= RM100

Semoga bermanfaat!