Table of Contents
Ramai orang yang memulakan bisnes online dengan apa yang ada di tangan.
Telefon pintar & Internet.
Ianya bukan sesuatu yang salah.
Malah itulah yang sepatutnya dilakukan.
Kita tidak perlu menunggu semuanya cukup lengkap baru nak bermula.
Dengan apa yang ada ditangan, kita mula mencari produk untuk dijual.
Kita sertai program dropship. Kemudian kita mula mempromosikan produk tersebut secara percuma kepada kawan-kawan di facebook.
Kita sertai group-group berkaitan di facebook dan mula mempromosikan produk dalam group pula.
Satu hari kita merasakan produk tersebut ada potensi dan kita ingin pergi lebih jauh.
Kita mula belajar buat fanpage, buat facebook ads dan beriklan secara berbayar.
Untuk mendapatkan margin yang lebih tinggi, kita register sebagai ejen produk tersebut. Kemudian bertukar menjadi stokis dan akhirnya menjadi super stokis.
Kita register syarikat di SSM.
Kemudian kita mula hasilkan produk atas nama brand kita sendiri.
Sales semakin banyak. Kerja semakin banyak. Kita mula menggajikan staf untuk melakukan tugas-tugas yang tak mampu lagi untuk kita lakukan berseorangan.
Kita mula scale bisnes kita dari sudut operasi, marketing & sales.
Kita tambah orang yang melakukan tugas2 close sale di whatsapp dan buat iklan facebook ads untuk mencari lebih banyak leads.
Pada suatu hari, kita merasakan kita ingin pergi lebih besar. Tapi kita tak tahu macam mana.
Tanda-tanda bisnes kita sudah mula perlu berpindah ke sistem Ecommerce
1. Bisnes online kita semakin membesar
Sebagai owner, apabila bisnes semakin membesar, kita akan melihatnya umpama pokok yang sedang tumbuh subur. Kita akan lihat kawasan persekitaran pokok tersebut tumbuh. Sekiranya kita tanam pokok dalam pasu kecil dan dalam bangunan pula, kita merasakan pasu dan lokasi pokok perlu ditukar.
Saya percaya ramai owner bisnes yang perasan, sampai satu tahap ianya susah untuk scale bisnes dengan cara menambah staf baru.
Strategi ini sesuai pada permulaan tapi sampai satu tahap, kita perlu strategi vertikal yang menggunakan sistem yang lebih canggih.
Sistem yang saya maksudkan ialah sistem Ecommerce.
2. Menguruskan Staf Adalah Cabaran Besar
Pada satu ketika, menambah staf adalah cara kita besarkan bisnes. Seorang staf sales (team perang) misalnya akan berpotensi menambahkan sales sehingga RM30,000. Kita pun mula seronok menambah staf, sediakan SOP, skrip dan sebagainya.
Kemudian kita mula perasan task untuk menguruskan staf bukan satu tugas yang mudah dan boleh jangka. Ada banyak elemen luar jangka dalam menguruskan staf apalagi menguruskan performance staf. Ada banyak benda yang diluar kawalan kita.
Benda diluar kawalan ini pula akan menentukan prestasi jualan syarikat menjadikan jualan syarikat susah untuk diramalkan (unpredictable).
Dalam keadaan sebegitu, kita mula menjadi takut-takut untuk melaburkan modal untuk r&d produk baru atau mencuba market baru yang lebih premium dan seumpamanya. Ia menjadikan kita tersangkut pada satu tahap dan ia bukan petanda yang baik kepada bisnes untuk jangka masa panjang.
3. Menguruskan Customer Adalah Cabaran Besar
Bila bisnes semakin besar, bilangan customer kita juga semakin membesar.
Menguruskan bilangan customer yang besar adalah satu cabaran jika kita tidak mempunyai sistem yang betul.
Cuba bayangkan bila kita ada 30,000 database customer. Macam mana kita nak follow up dengan bilangan customer seramai ini?
Adakah kita akan followup secara manual satu persatu? Atau abaikan customer sedia ada dan cari pelanggan baru setiap hari?
4. Ada Limitasi Dalam Operasi Bisnes
Contohnya, pada satu hari yang ada sangat banyak leads yang masuk dan team perang kita tak mampu melayan kesemuanya.
Atau customer yang whatsapp di tengah-tengah malam dan inginkan jawapan segera.
Atau team perang melayan mesej yang sangat banyak sehingga whatsapp menjadi tidak responsive (ya biasa berlaku).
Kita akan perasan kita akan banyak hilang potensi sales disebabkan limitasi ini.
5. Produk Kita Sudah Semakin Banyak Dan Bervariasi
Semakin besar bisnes, semakin banyak idea yang datang.
Antara idea tersebut kita jelmakan dalam bentuk produk.
Apabila produk semakin banyak, menjual dan menguruskan inventori produk akan menjadi sesuatu yang lebih mencabar.
Kita ada idea upsell & cross-sell tapi sukar untuk dibuat secara manual.
Kita mula perasan banyak miss-opportunityiaitu peluang yang tidak dapat disambar kerana limitasi sistem, SOP, dan operasi.
6. Kita Mula Memikirkan Exit Strategy Bisnes
Apa exit strategy kepada bisnes yang sedang kita jalankan sekarang?
Atau adakah kita tidak ada exit strategy dan ingin berbisnes sehingga tua?
Jika kita tidak ada exit strategy bisnes, biasanya kita akan dipaksa untuk keluar dari bisnes seperti sales yang merudum atau pesaing mengambil alih tempat kita dengan sistem yang lebih cekap.
Exit strategy bagi bisnes yang berjaya pula ialah seperti IPO (Initial Public Offering), penjualan 100% ekuiti syarikat, atau penerimaan pelaburan luar.
Jadi tanya kembali kepada diri sendiri, dengan sistem bisnes yang kita ada sekarang, adakah kita boleh exit bisnes dengan cara berjaya?
Bila sudah ada tanda-tanda di atas, sedarlah kita bahawa sudah sampai masanya untuk kita mula berpindah ke sistem Ecommerce.
Jangan takut, kita masih boleh jalankan cara bisnes lama dalam masa yang sama mencuba Ecommerce.
Jika anda tidak tahu cara, boleh dapatkan ebook saya Rahsia Ecommerce Funnels di : https://bomstart.my/ref1/
Semoga bermanfaat.