Tempat Cari Produk Untuk Start Bisnes Online

Kat mana nak cari produk untuk start bisnes online?

Sudah pasti ini adalah soalah yang selalu bermain di fikiran mereka yang terfikir untuk memulakan bisnes online.

Pada kebanyakkan masa, soalan ini berakhir dengan tidak berjawab dan cita-cita untuk berniaga terpaksa dilupakan begitu sahaja.

Sebagai permulaan, sebelum anda fikir kat mana nak cari produk untuk start bisnes online, apa kita anda mulakan dengan bertanya soalan berikut;

Kat siapa aku nak menjual?

Selepas soalan ini ada jawapan, barulah mudah untuk menjawab soalan, kat mana nak cari produk.

 

Cari Produk Di Majalah.com

Layari : http://www.majalah.com/

Di sini anda akan temui pelbagai jenis produk dari produk pakaian seperti tudung sehinggalah kepada bisnes untuk dijual. ANDA AKAN RAMBANG MATA!

Sebab itu penting untuk anda jawab soalan, kat siapa aku nak menjual?

Dalam mencari produk untuk bisnes ini juga, anda harus faham beberapa konsep urusniaga dengan pembekal.

Konsep 1 : Dropship

Ini adalah konsep yang paling rendah risiko. Konsepnya ialah anda promosikan produk pembekal tanpa perlu menyimpan stok. Apabila ada pembeli, anda uruskan proses jualan tetapi penghantaran produk diuruskan oleh pihak pembekal.

Tidak semua pembekal menawarkan konsep memandangkan ianya agak renyah.

Konsep 2 : Consignment

Konsep ini juga antara yang rendah risiko. Konsepnya ialah anda mengambil produk dari pembekal, menyimpan stok di gudang anda, menjualnya dan membayar kepada pembekal nilai produk yang terjual sahaja dalam tempoh tertentu.

Tidak banyak pembekal yang sanggup memberi kepercayaan consigment kepada penjual.

Konsep 3 : Hutang Dengan Terma

Ini konsep yang agak biasa. Konsepnya ialah anda mengambil produk dari pembekal, menyimpan stok di gudang anda, menjual produk dan membayar kepada pembekal dalam tempoh masa yang ditetapkan pembekal (Contoh : 90 hari). Tempoh pembayaran ini bergantung kepada kepercayaan pembekal kepada anda.

Konsep 4 : Beli Terus

Ini konsep yang paling mudah difahami namun paling berisiko. Konsepnya, anda beli produk dengan pembekal, menyimpan di gudang anda, dan kemudian menjualnya untuk memperoleh margin keuntungan. Risiko berlaku pada produk yang tidak habis/laku dijual.

Boleh bincang dengan pembekal adakah mereka menerima “return” untuk produk yang tidak habis dijual.

 

Di Majalah.com ini ada satu segmen khas untuk penjual yang mencari produk berkonsepkan Dropship & Consignment. Saya sangat syorkan kedua-dua konsep ini untuk permulaan kerana ia rendah risiko.

Screenshot_090915_103757_PM

 

Selamat berjaya!