Tips Menghasilkan Copywriting Berpengaruh – Readability

Content Kita Untuk Pembaca Grade Berapa?

Saya baru jumpa satu website. Website ni khas untuk kita ukur readability content yang kita tulis.
Dengan kata lain, untuk audience grade berapa content kita boleh difahami.
Kenapa ia penting?

 
Pada tahun 2016, kajian Flesch-Kincaid telah dibuat untuk mengkaji ucapan bakal presiden US. Kajian ini untuk mengukur level pemahaman ucapan setiap calon presiden parti Republikan.
 
Kajian ini mendapati ucapan Trump boleh difahami oleh audience grade 3 atau 4. Manakala ucapan pesaing beliau seperti Ted Cruz boleh difahami oleh audience grade 9.
 
Jadi ucapan Trump lebih mudah difahami oleh lebih ramai audience dari pesaing. Ini menjadikan ucapan beliau lebih berpengaruh dari pesaing.
 
Kesimpulannya, semakin rendah grade readibility content kita lagi berpengaruh content tersebut kepada audience
 
Tidak guna kita masukkan jargon yang hebat-hebat jika content kita gagal difahami oleh audience. Apalagi jika ia gagal mempengaruhi.
 
Jadi website ini boleh membantu kita untuk menghasilkan content yang mudah difahami.
Apatah lagi ada ura-ura mengatakan Google turut memasukkan unsur readability ke dalam algorithm mereka untuk ranking website di search engine.
Jika ura-ura ini betul, maka semestinya kita perlu ambil faktor readability ini setiap kali menulis content untuk website kita.
Ingin tahu kepentingan SEO kepada bisnes anda? Layari halaman ini.