Table of Contents
Mungkin anda semua tahu dan sudah belajar bagaimana nak setup iklan di Google Adwords tapi bila masuk part nak tulis ayat iklan. Terutama bila nak tulis headline Google Adwords, ramai yang buntu. Saya pun pernah alami perkara ini.
Ok. Artikel kali ini saya tulis antara 4 teknik asas yang sering saya gunakan untuk tulis headline Google Adswords dan melalui teknik ini anda juga boleh gunakan sebagai A/B testing untuk test headline mana yang lebih banyak orang click.
Sila guna panduan ini jika anda buntu.
Saya ambil satu contoh produk untuk memudahkan anda faham. Saya ambil salah satu produk rakan saya yang jual Susu Kambing dan jenamanya adalah Lennoza. (Jenama Susu Kambing terbaik yang saya sangat rekemen berbanding jenama lain. Serius)Contoh –> Anda jual produk “Susu Kambing Asli Lennoza”
Teknik Pertama : Guna targeted Keywords pada headline anda.
Headline : Susu Kambing Asli Lennoza
Terus guna keyword yang anda hendak. Ianya akan kelihatan seolah-olah senarai organik pada enjin carian google pada mata bakal prospek.
Teknik Kedua : Tulis Dalam Bentuk Soalan.
Headline : Mencari Susu Kambing Asli Lennoza?
Ramai juga prospek membuat carian dengan menulis seperti “Bagaimana”, Dimana”, “Apakah” …. Headline dalam bentuk soalan dapat menangkap perhatian kepada prospek anda…
Teknik Ketiga : Terus Memberi Offer Kepada Prospek.
Headline :
- Susu Kambing Asli Lennoza Free Shipping
- Susu Kambing Asli Lennoza 50% Off.
Jika ada banyak persaingan… dengan terus memberi offer.. anda dapat perhatian lebih berbanding iklan yang lain yg jual produk yang sama.
Teknik Keempat : Masukkan Lokasi.
Headline : Susu Kambing Asli Lennoza di Shah Alam
Mungkin ada prospek yang ingin mencari penjual yang berdekatan dengan tempat mereka supaya boleh self-collect produk tersebut.
Diatas hanyalah sebagai panduan anda bagi yang buntu untuk tulis headline adwords, mungkin ada tips yang lebih hebat, tapi apa yang penting anda perlu buat A/B test pada setiap iklan yang anda buat. Buat 2 iklan set terus dimana headline dan description yang berbeza tapi produk yang sama pada campaign yg sama.. biar seminggu atau dua iklan itu berjalan… dan lihat pada CTR dan Conversion… stop iklan yang conversion rendah dan CTR… create iklan baru dengan headline dan description yang baru.. ulang proses tersebut sehingga anda rasa mencapai tahap optimum iklan anda.Selain itu anda juga boleh gunakan teknik puntuacte ads ke.. masukkan dynamic keywords dan juga tambah ads extension.