6 Elemen Penting Untuk Menghasilkan Landing Page Yang Berkesan

​Sebelum kita lompat kepada format ringkas ‘landing page’, anda perlu tahu bahawa ada 3 kategori website page iaitu homepage, content page & landing page. Landing page ini biasanya kita fokus untuk membuat jualan atau mendapatkan data bakal pelanggan. Berikut saya senaraikan elemen elemen penting tersebut.(1) HeadlineHeadline yang menarik penting untuk menggalakan audien membaca lebih lanjut keseluruhan landing page yang kita hasilkan. Jika mereka tidak baca habis, macam mana kita nak close sale atau dapatkan data bakal pelanggan daripada audien? Pastikan headline tersebut ringkas & relevan dengan keseluruhan konten landing page kita. Tidak perlu terlalu panjang, 3-4 patah perkataan sudah memadai. Anda boleh baca akhbar Metro untuk dapatkan idea idea headline yang menarik.(2) SubheadlinesSubheadline pula merupakan penerangan ringkas tentang kelebihan produk/servis yang anda tawarkan. Fokus kepada manfaat produk/servis, bukan ciri ciri produk/servis. Tidak perlu tulis panjang lebar, keep it short & simple.

(3) Gambar atau video pelanggan-pelanggan yang sedang menggunakan produkDisini anda boleh buat video atau demo bagaimana produk anda digunakan oleh pelanggan. Ia dapat memberi gambaran awal kepada bakal pelanggan bagaimana produk anda dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Secara tidak langsung, menaikkan rasa ingin beli kepada audien. Contoh, jika anda jual skincare anda boleh buat satu video bagaimana cara cara penggunaan & pertotonkan efek muka ‘glowing’ sebaik sahaja pelanggan memakai produk tersebut.(4) Bukti SosialBukti sosial dalam bahasa inggeris kita panggil social proof. Ia termasuk testimoni pelanggan, berapa ramai pelanggan yang sudah menggunakan produk anda, bukti produk anda disiarkan di televisyen atau dipaparkan di akhbar. Ini dapat menaikkan keyakinan pelanggan untuk membeli produk anda.(5) Call-To-Action (CTA)Jangan lupa buat butang CTA. Saya beri beberapa contoh. Jika objektif landing page anda untuk dapatkan data bakal pelanggan, buat butang ‘sign up’. Jika objektif landing page anda untuk audien terus melakukan pembelian, buat butang ‘buy now’. Tetapkan satu sahaja objektif supaya aktiviti marketing secara keseluruhannya lebih tersusun.

(6) Mobile responsivePastikan landing page anda nampak kemas & mudah untuk audien membaca konten di dalamnya apabila mereka membuka landing page menggunakan telefon pintar. Peratusan audien yang akan lihat landing page menggunakan telefon pintar biasanya lebih tinggi daripada peratusan yang menggunakan PC. Terutamanya jika kita banyak menggunakan media sosial sebagai platform marketing untuk tarik trafik ke website.

Enter your text here…

SCAM WARNING

Kindly be aware that certain individuals might approach you, by falsely presenting themselves as representatives of Bomstart Media.

You are strongly advised to exercise caution and be on the lookout for frauds and scams while making any transaction and 
make sure the bank account is registered in the name of Bomstart Media Sdn Bhd.