7 Sebab Kenapa Anda Belum Memulakan Bisnes Sendiri

Apa azam tahun baru anda tahun 2017 ini?

Saya selalu mendengar azam tahun baru seseorang ingin memulakan bisnes sendiri. Ingin menambah pendapatan sampingan. Teringin untuk membangunkan impian sendiri dan berhenti menolong orang lain (bos-bos di tempat kerja masing-masing) membangunkan impian mereka (impian bos-bos tersebut).

Malangnya tak semua yang terdetik di hati kita itu mampu kita laksanakan. Ada beza antara berniat dan betul-betul melakukan apa yang diniatkan.

Kali ini saya kongsikan 7 sebab biasa kenapa kita belum memulakan bisnes sendiri walaupun sudah lama berazam untuk memulakannya.

1. Takut

Takut gagal. Takut rugi. Takut malu. Rasa ketakutan ini menghalang kita daripada memulakan apa yang kita niatkan pada mulanya. Akhirnya kita mengalah dan membatalkan sahaja perancangan untuk memulakan bisnes kita sendiri.

2. Tunggu peluang & masa yang betul

Perfectionist. Kita sentiasa menunggu peluang dan masa yang perfect untuk memulakan bisnes kita sendiri. Dalam fikiran kita, biarlah semuanya benar-benar sempurna, suasana yang betul-betul positif barulah kita bertindak.

3. Merasakan diri belum cukup ilmu

Ilmu adalah sangat penting dalam bisnes. Namun kita tidak akan pernah tahu  adakah diri kita sudah cukup berilmu untuk terjun ke dalam dunia bisnes yang penuh dengan cabaran dan kesukaran. Kita sebenarnya tidak tahu. Apabila kita tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri, kita akan mengalah dan akhirnya membatalkan niat untuk memulakan bisnes sendiri.

4. Sindrom terlebih ilmu

Apa mula masalahnya bila terlebih ilmu? Sindrom terlebih ilmu berlaku pada tahap perlaksaan iaitu kesukaran untuk membuat keputusan. Ada sahaja yang tidak kena pada setiap idea kerana kita ada “ilmu” yang membantah idea tersebut. Ilmu yang kita ada menimbulkan keraguan pada setiap idea kita. Akhirnya kita tidak dapat maju ke depan kerana terdapat bantahan-bantahan dalaman yang menyekat.

5. Comfort zone / Tiada keperluan mendesak

Kita sudah ada kerja dan ada pendapatan bulanan tetap untuk membayar segala bil & keperluan kehidupan kita. Untuk apa perlu bersusah payah lagi? Tidak ada keperluan mendesak inilah biasanya menjadi punca kenapa kita gagal teruskan niat untuk memulakan bisnes sendiri. Akhirnya niat itu padam dengan sendirinya.

6. Tiada idea

Nak bisnes apa? Ianya soalah yang lazim dan kelihatan mudah pada permukaannya. Namun percayalah masih ramai yang tersekat di sini. Ia sangat memakan masa, tenaga dan memakan setiap sisa motivasi untuk memulakan bisnes. Membuat keputusan nak bisnes apa adalah antara step yang paling sukar dalam memulakan apa-apa bisnes. Oleh kerana tidak dapat membuat keputusan, ramai yang “menangguhkan” dahulu niat bisnes sehingga diri sendiri lupa pernah ada niat untuk berbisnes.

7. Tiada masa

Nasihat saya, jika ingin berbisnes, mulakan ketika masih bujang. Apabila anda sudah berkahwin dan mempunyai anak pula, masa adalah sangat singkat. Terlalu banyak komitmen lain yang perlu didahulukan selain daripada melayan “idea bisnes” yang belum tentu mendatangkan apa-apa hasil itu.

Adakah anda ada alasan lain yeng menghalang anda dari memulakan bisnes anda sendiri yang tidak kami senaraikan di atas? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen!

Leave a Comment

submit loader