Shopify kini memperkenalkan Shopify Buy Button yang membolehkan pengguna menjual produk di platform Shopify di mana-mana website lain seperti wordpress, tumblr, atau website sendiri. Pengguna hanya perlu embed code yang diberikan dan pastekan di website yang diingini (seperti embed video youtube).
Contohnya?
Saya menjangkakan fungsi ini akan memberi saingan kepada perkhidmatan seperti aztetic.my dan seumpamanya. Dengan yuran USD 9 sebulan, ianya agak murah dan mampu untuk dimiliki.
Internet Marketer yang ingin menjual ebook & tiket seminar iaitu produk bersifat tunggal boleh memberikan konsiderasi yang cukup kepada fungsi baru dari Shopify ini.
Apa pendapat anda?