E-Commerce vs Mobile : Antara Peluang & Cabaran

Data emperik menunjukkan bahawa mobile semakin mendominasi dunia digital. Google pula terpaksa merombak algorithm search engine dengan memberi keutamaan kepada laman web yang mesra mobile untuk menduduki tangga teratas keputusan carian.

Bersedia atau tidak, pemilik laman web (termasuk laman e-commerce) terpaksa mengubah strategi dan meningkatkan sokongan mereka kepada pengguna mobile.Saya memerhatikan trend perubahan dan tingkahlaku pengguna mobile ini berbanding pengguna desktop (dan juga tablet) secara dekat dalam website e-commerce.

Overview_-_Google_Analytics
Contoh laporan Google Analytics berdasar peranti

Dapat saya simpulkan trend berikut ;

1. Trafik pengguna mobile mendominasi berbanding pengguna desktop & tablet

2. E-commerce conversion rate masih didominasi oleh pengguna desktop diikuti tablet dan kemudiannya pengguna mobile

3. Revenue juga dijuarai oleh sumbangan pengguna desktop, diikuti oleh pengguna mobile dan tablet

4. Nilai order purata pula didahului oleh pengguna tablet, diikuti oleh pengguna mobile dan desktop

Data-data ini mengubah strategi saya terhadap Facebook Ads dan Google Adwords (khususnya).

Adakah berbaloi untuk pemilik e-commerce meletakkan target pengguna mobile dalam iklan Facebook Ads dan Google Adwords?

Saya beranggapan, antara faktor yang membuatkan trend ini berlaku kerana :

  • mentaliti pengguna masih gemar membeli menggunakan desktop
  • interface pembelian secara mobile masih belum cukup mesra pengguna
  • desktop dirasakan lebih selamat & selesa untuk membeli secara online

Harus tidak dilupakan juga kebarangkalian pengguna melihat iklan di telefon bimbit kemudian membuat pembelian di desktop.

Apa pendapat anda?

 

Leave a Comment

submit loader