Founder Alibaba Jack Ma Pernah Gagal 30 Kali Dalam Mencari Kerja, Sebelum Menjadi Lelaki Terkaya Di China

IMG_1947

Bercakap berkenaan kejayaan hartawan dunia, kita biasanya memuji rumah agam yang beliau miliki, jet peribadi terbaru, kereta sport edisi terhad dengan warna yang paling rare. Kita jarang bercakap berkenaan betapa sukarnya beliau bangkit dari kegagalan demi kegagalan sebelum beliau mengecap kesemuanya itu.

Lelaki ini, Jack Ma iaitu founder kepada Alibaba memiliki kekayaan dianggarkan USD 20.4 billion sekaligus memegang rekod lelaki terkaya di China. Dalam salah satu interview bersama Charlie Rose, Jack Ma menceritakan saat-saat sukar beliau mencari kerja sebelum mengasaskan Alibaba.

Tahukah anda, Jack Ma pernah meminta kerja untuk 30 jenis pekerjaan tetapi semuanya ditolak?

Saya pernah pergi meminta kerja sebagai polis. Mereka kata saya tidak cukup bagus. Apabila syarikat KFC datang ke bandar kami, 24 orang menghadiri interview. 23 orang diterima bekerja. Sayalah satu-satunya calon yang gagal..

Jack Ma mengasaskan Alibaba pada tahun 1998.

Leave a Comment

submit loader