Shark Tank : Rancangan Realiti Tv Untuk Usahawan

Semalam saya tertonton siaran ulangan satu rancangan realiti TV di Astro iaitu Shark Tank. Apabila disemak, rupanya rancangan ini sudah masuk musim ke-7 dan ia bermula sejak 2009 lagi. Macam mana saya tidak pernah perasan rancangan ini selama ini?

Rancangan ini memaparkan bagaimana pemilik bisnes/usahawan yang mempunyai potensi untuk dibesarkan memberikan pitching dihadapan pelabur bertaraf billionaire yang dipanggil “Shark”.

Usahawan yang muncul dalam rancangan ini akan memberikan nilaian tertentu terhadap pelaburan dalam bisnes mereka dan “Shark” akan memilih samada menerima tawaran usahawan tadi, membuat rundingan tentang nilaian atau menarik diri kerana tidak berminat.

Salah satu contoh video rancangan Shark Tank :

Menarik bukan?