Sepertimana yang dicanangkan, Instagram kini membuka peluang pengiklanan kepada semua pemilik perniagaan tidak mengira saiz atau lokasi.

Pastinya ia menarik minat setiap pemilik perniagaan untuk menguji keberkesanan Instagram Ads untuk mencapai tujuan pemasaran masing-masing.

Sekiranya anda menjalankan bisnes secara instashop misalnya, sudah tentu ini sesuatu yang mengujakan.

tumblr_nude4rkxXB1rc3kfuo1_1280

Secara peribadi, saya masih belum berpeluang untuk mencuba Instagram Ads. Insight di bawah saya kongsikan hasil pemahaman dari posting di blog ini.

  1. Jika anda ingin promosikan aplikasi mobile (hantar trafik ke aplikasi), lebih gunakan sponsored post berbanding influencer. Iklan jenis sponsored post membenarkan kita meletakkan link ke aplikasi mobile.
  2. Pengguna Instagram sangat aktif. Iklan yang sama yang menghasilkan 15-30 like di Facebook berjaya meraih 300-500 like di Instagram. Pengguna Instagram juga sangat aktif memberikan komen sambil tagging rakan-rakan mereka.
  3. Pengguna Instagram sangat fanatik kepada imej. Mereka akan perasaan sehingga ke detail paling kecil dan mesej tersirat disebalik imej yang dipaparkan.
  4. Kos pengiklanan di Instagram 50% lebih mahal berbanding di Facebook.
  5. Pengiklanan di Instagram lebih mudah menjana engagement 2 hala dan ia menghasilkan lebih banyak pendedahan organik terhadap iklan.

Semoga bermanfaat.

 

Leave a Comment

submit loader