Jom Kenali Apa Itu #MYCyberSALE Dan Bagaimana Untuk Sertai

#MYCyberSALE tahun ini akan bermula beberapa jam sahaja lagi iaitu dari 28 Sept sehingga 2 Oktober 2015. Beribu-ribu syarikat yang menjual barang secara online samada menggunakan marketplace seperti Lazada, 11Street, Lelong etc atau mempunyai laman web e-commerce sendiri menyertainya tahun ini.

Pelbagai tawaran diskaun menarik bakal ditawarkan sepanjang #MYCyberSALE kali ini bagi menarik lebih ramai pembeli untuk membeli produk atau servis yang ditawarkan.

Apa itu #MYCyberSALE ?

#MYCyberSALE merupakan inisiatif MDEC yang bertujuan ingin meningkatkan industri e-commerce di Malaysia. Diluar negara, anda tentu pernah dengar tentang Cyber Monday, Black Friday atau Singles Day di China.

Bermula pada tahun 2014, #MYCyberSALE pertama mencatatkan transaksi online sehingga RM67 juta dalam masa 3 hari sahaja.

Nak Sertai #MYCyberSALE Tahun Ini?

Anda mungkin sudah terlewat untuk menyertai secara rasmi dan mendapat banner khas di website rasmi mycybersale.my untuk tahun ini.

Tapi anda masih boleh gunakan trend dan brand #MYCyberSALE untuk tawarkan produk atau servis anda pada harga promosi. Tidak ada apa-apa sekatan dari pihak penganjur terhadap syarikat yang tidak berdaftar untuk turut sama memeriahkan event #MYCyberSALE 2015.

Sekiranya anda ingin menyertainya secara rasmi tahun hadapan, ianya boleh disertai secara percuma dan maklumat lanjut akan dikongsikan oleh penganjur nanti.

Keistimewaan Menyertai #MYCyberSALE Secara Rasmi?

Anda akan mendapat banner khas di website rasmi Mycybersale.my.

Dari pengalaman saya, banner ini dapat menghantar sangat banyak pelawat berkualiti ke website kita dan mereka bersedia untuk membeli.

Apabila banner syarikat atau brand anda tersenarai secara rasmi, ia secara tidak langsung juga dapat meningkatkan imej syarikat atau brand anda di mata pelanggan.

Pengalaman Saya?

Pengalaman pertama saya dengan #MYCyberSALE ialah pada tahun 2014. Ternyata event ini memberikan peningkatan jualan yang sungguh luar biasa sehingga tidak cukup tangan nak uruskan pesanan pelanggan.

Kami mengambil masa 2-3 minggu barulah kesemua pesanan pelanggan dapat dihantar.

Kesimpulan

Jika anda ada website online yang mempunyai payment gateway yang lengkap, saya sangat sarankan anda menyertai event #MYCyberSALE ini di masa akan datang.

Maaf, setahu saya pihak pengganjur tidak menerima penyertaan dari pemilik Instashop atau Facebook Fanpage.

Leave a Comment

submit loader