Table of Contents
Saya tahu. Ramai di luar sana yang telah lama berniaga secara atas talian sama ada di Facebook, Instagram atau yang terbaru di laman marketplace Shopee ada menyimpan hasrat untuk mempunyai platform sendiri sama ada jenis “Hosted E-Commerce” atau “Self-Hosted E-Commerce“. Betul tak?
Eh… apa itu Hosted E-Commerce dan Self Hosted E-Commerce?
Kalau ada yang masih tidak faham. Boleh klik di artikel ini. Hosted E-Commerce Vs Self Hosted E-Commerce. Mana Pilihan Anda? (saya belum siapkan artikel ini)
Bila sebut Laman E-Commerce, mesti ramai berfikir perlu ada banyak produk baru boleh buka E-Commerce. Jika banyak produk, modal mesti perlu pakai banyak. Betul tak?
MODAL PERMULAAN
Hosted E-Commerce
Jika anda buka website jenis Hosted E-Commerce. Modal permulaan paling untuk website adalah seperti dibawah :-
Disini saya ingin nasihatkan anda pilih pakej paling rendah sekali jika anda ingin baru bermula samaada melalui Shopify, SiteGiant, Easystore, Webshaper atau system provider yang lain.
Mengapa? Jika anda pilih terus pakej yang paling mahal walaupun anda mampu. Anda akan rugi. Sebab proses untuk memasukkan barang ke dalam website E-Commerce sangat mengambil masa. Boleh mencecah berbulan-bulan sebab kita baru bermula dan tiada kakitangan lagi. So pembaziran akan berlaku kerana anda tidak menggunakan tools-tools advance yang ada di pakej yang mahal tersebut. So… bazir lah… ambil dahulu pakej paling rendah kemudian bila sudah sedia, barulah upgrade. Boleh?
Berkenaan Domain? Saya nasihatkan anda beli Domain berasingan walaupun mereka menawarkan domain percuma. Sebab apa? Pada masa akan datang, mungkin anda ingin besarkan lagi perniaagan online anda. Jika domain anda pegang sendiri, maka anda mudah untuk tukar system provider anda dan mungkin anda sudah bersedia untuk run sendiri platform anda iaitu jenis Self-Hosted E-Commerce.
Self-Hosted E-Commerce
Untuk kos permulaan buka Website jenis Self-Hosted E-Commerce sebenarnya jauh lebih murah tetapi jika anda ingin tambah features yang lebih power. Ianya akan mencecah puluhan ribu ringgit. Tapi usah risau, ikut cara saya dengan mulakan dari bawah dengan beli hosting yang paling murah dahulu, kemudian upgrade sedikit demi sedikit sehingga anda tak perasan sudah belanja banyak. Hahahaha…
KOS PERMULAAN PALING BASIC
Domain – RM 50 hingga RM150 bergantung jenis TLD
Shared Hosting – RM 100 keatas
Itu sahaja… untuk permulaan. Boleh jadi serendah RM150 sahaja. Anda boleh gunakan WooCommerce, Opencart, Magento, Prestashop dan macam-macam lagi yang ada dan ikut kesesuaian anda. Saya rekemen untuk permulaan jika anda hanya ada satu atau dua produk, pakai WooCommerce dan jika ada banyak. Sila pakai Opencart atau Prestashop. Dan jika lagi advance anda boleh pakai Magento seperti website FashionValet dan GemFive.
Jika anda ada modal lagi sedikit. Sila shopping beli theme. Budget dalam USD49 – USD69 supaya website anda nampak lebih cantik dan kelihatan gah.
Anggaran kos permulaan adalah RM150 hingga RM350 sahaja. Tapi kene tahu, jika modal duit kita kecil maka modal usaha kita perlu besar. Jika modal kita besar kita boleh terus hire web designer untuk buatkan website kita. Anggara dalam RM3000 hingga RM15000, bergantung jenis kualiti website yang anda mahu.
SOURCING PRODUCT
Ini part yang masih menyebabkan ramai orang belum mula berniaga. Betul tak? Jawapan yang ramai orang jawab. Saya tidak tahu hendak jual apa? Boleh bantu saya tak apa yang patut saya jual?
Jawapan saya. Manalah saya tahu. Anda kene cari sendiri. Tapi saya bagi tips seperti dibawah. Mohon ambil tindakan dan tetapkan apa yang anda ingin jual dan kekal fokus.