Table of Contents
Dalam dunia pemasaran digital, copywriting makanan yang berkesan sudah menjadi sebuah medium untuk menarik perhatian orang ramai.
Ia adalah strategi pemasaran yang menjadi tulang belakang dalam setiap perniagaan termasuk yang melibatkan sektor makanan.
Namun, keberkesanannya adalah bergantung pada struktur atau formula disebalik penulisannya.
Usah bimbang, artikel ini akan membantu para peniaga untuk menguasai penulisan copywriting makanan yang boleh menambat hati prospek.
Definisi Ringkas Copywriting
Berdasarkan sumber daripada American Writers and Artist Institute (AWAI), copywriting merupakan proses menulis bahan untuk promosi dan pemasaran berbentuk persuasif.
Secara ringkasnya, ia bertujuan untuk memotivasikan prospek bagi memberi beberapa bentuk tindakan termasuk melakukan pembelian, mencapai pautan, atau segala tindakan yang boleh memberi kepada pengaruh prospek untuk turut serta dalam proses pembelian.
Tanpa kita sedar, sebenarnya copywriting sentiasa berada di sekeliling seperti yang diterbitkan di media cetak dan online, termasuk video dan pengiklanan.
Contoh bentuk copywriting adalah seperti dalam katalog dan promosi pelbagai produk dan servis.
Langkah Mudah Sebelum Buat Copywriting
Penulisan ayat pengiklanan memerlukan kemahiran dan perancangan yang teliti.
Oleh itu, ikuti tiga langkah mudah yang perlu dikuasai oleh peniaga sebelum menulis copywriting makanan yang berkesan.
1. Fahami tentang produk atau servis yang ditawarkan
Sangat penting untuk memahami dan mendalami keseluruhan produk atau servis yang kita tawarkan.
Antara soalan-soalan untuk menguji kefahaman tentang produk atau servis anda adalah:
- Apakah kelebihan dan keistimewaan produk atau servis anda berbanding produk atau servis yang lain?
- Apakah masalah yang dapat diatasi oleh produk atau servis terhadap pelanggan?
- Apakah strategi untuk memasarkan produk atau servis?
2. Fahami pelanggan
Setelah memahami produk atau servis yang ditawarkan, sangat penting untuk memahami siapa pelanggan anda dengan mengambil kira faktor demografi mereka.
Ia bertujuan bagi memastikan copywriting makanan tersebut bersesuaian dengan target market anda.
3. Mencari angle yang sesuai
Setelah mengenal pasti siapa target market, anda perlulah mencari sudut yang sesuai untuk mengetahui pelanggan secara spesifik.
5 Tips Mudah Untuk Copywriting Makanan
Jika anda merasakan kesukaran untuk membuat copywriting makanan, ikuti tips-tips dibawah ini .
1. Gunakan bahasa yang santai
Gunakan bahasa yang mudah dan santai dalam penulisan bergantung pada jenis target audience.
2. Penggunaan unsur pancaindera
Bertujuan bagi memberi gambaran yang lebih memberangsangkan terhadap gambar makanan yang ditawarkan.
Oleh itu, gunakan perkataan yang berkaitan dengan rasa, bau, lihat dan tekstur untuk menambahkan keyakinan pelanggan terhadap penerangan foto.
3. Sebut target audience dalam ayat
Memasukkan panggilan atau gelaran yang sesuai di dalam copywriting makanan bagi menarik perhatian target audience.
4. Beri gambaran penyelesaian masalah
Gunakan perkataan yang dapat memberi gambaran kepada penyelesaian. Sebagai contoh “Lapar tapi tak tahu makan mana? Warung Ceria ada pelbagai menu untuk anda”.
5. Menawarkan diskaun
Tarik pembaca dengan memberi potongan diskaun pada makanan anda seperti “Beli 2, Percuma 1”.
3 Formula Penting Copywriting
Penggunaan formula dalam copywriting makanan juga berfungsi sebagai benteng untuk pengiklanan yang berkesan.
Disini kami akan kongsikan 3 formula penting yang harus dihadam bagi menulis copywriting yang jelas dan baik.
1. AIDA
AIDA merupakan akronim kepada:
Attention: Menarik perhatian pembaca dengan meletakkan tajuk atau headline yang ringkas tetapi menonjol seperti soalan, fakta mengejut atau masalah.
Jika pembaca tertarik pasti mereka akan teruskan pembacaan dan sebaliknya.
Interest: Bagi memastikan pembaca berminat dengan produk atau servis, pastikan anda menjawab persoalan atau memberi penyelesaian kepada masalah pembaca seperti yang ditekankan di bahagian attention.
Desire: Memperkenalkan produk atau servis anda dengan menjelaskan manfaat atau kelebihan yang bakal diperoleh oleh pembeli.
Action: Pastikan pembaca mengambil tindakan selepas membaca iklan anda seperti menghubungi nombor yang diberi, berkongsi postingan atau melakukan pembelian.
Penutup bagi setiap copywriting mesti diakhiri dengan call to action atau mencadangkan agar pembaca mengambil tindakan susulan setelah membaca posting.
2. PASTOR
Formula ini lebih mendalam berbanding formula sebelum ini.
Problem: Menekankan masalah yang dihadapi pelanggan agar produk atau servis dapat menarik pembaca kerana bakal menjadi penyelesaian kepada masalah mereka.
Amplify: Setelah mendapat perhatian pelanggan, anda boleh menekankan kesan atau apa yang boleh terjadi jika masalah yang dihadapi pelanggan tidak diselesaikan dengan segera.
Solution: Pada peringkat ini, anda perlu perjelaskan bagaimana produk atau servis yang ditawarkan boleh menyelesaikan masalah pembaca.
Testimony: Bagi menambah keyakinan pembaca, testimoni boleh ditambah agar pembaca merasa keinginan mendapatkan produk atau servis dengan segera.
Offer: Sebelum akhiri penulisan, anda boleh selit maklumat diskaun jika produk atau servis anda mempunyai tawaran diskaun.
Response: Akhiri penulisan copywriting dengan memastikan pembaca mengambil tindakan dan berminat dengan produk atau servis selepas membaca iklan anda.
Anda boleh menggunakan ayat seperti hubungi sekarang, dapatkan sekarang, buat tempahan dengan segera dan yang berbentuk untuk mengajak pembaca menjadi pembeli.
3. PAS
Formula ini amat ringkas dan mudah diikuti.
Problem: Mulakan headline anda dengan menjelaskan masalah yang dihadapi pembaca, lebih spesifik lebih baik.
Agitate: Menekankan atau memberi gambaran implikasi yang bakal berlaku jika pembaca tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Solution: Akhiri copywriting dengan menawarkan penyelesaian iaitu produk atau servis kepada masalah yang diperkatakan.
Disini, anda juga perlu memastikan bahawa pembaca akan yakin dengan kebaikan dan kelebihan produk atau servis yang dijanjikan.
Keseluruhannya, copywriting makanan akan membantu meningkatkan pembelian disamping mengenali nama pada produk atau servis yang ditawarkan.
Ia akan memudahkan kita mempromosikan produk atau servis.
Secara dasarnya, copywriting tidak begitu sukar jika anda memahami struktur formula dengan baik.
Tidak dinafikan, agak mengambil masa untuk menyediakan copywriting yang memukau bagi setiap produk atau servis.
Jika anda memerlukan perkhidmatan copywriting dengan segera, Bomstart Media sedia membantu.
Bagi mendapatkan copywriting yang bersesuaian dengan perniagaan anda, hubungi kami sekarang.