Bagaimana Website Ini Memanipulasi Pelawat Supaya Membeli Dan Bagaimana Kita Boleh Menirunya

Banyak website hari ini menggunakan teknik-teknik tertentu bertujuan untuk memanipulasi dan membuatkan pelawat bertindak mengikut kemahuan pemilik website.

Bersumberkan timewellspent.io,

  • Youtube menyediakan fungsi autoplay supaya pelawat terus kekal menonton video
  • Instagram menunjukkan notifikasi secara  satu persatu supaya pengguna kerap membuka aplikasinya
  • Facebook memaparkan content terbaik supaya kita terus menggunakannya
  • dan banyak lagi..

Sebagai pemilik website e-commerce, kita pastinya berminat untuk mengetahui apakah agaknya teknik yang boleh kita tiru supaya pelawat website kita lebih mudah membuat keputusan membeli.

Antara website yang menggunakan teknik manipulasi terbaik yang boleh kita pelajari ialah Booking.com, sebuah website menempah hotel secara online.

Teknik Manipulasi Pelawat Gaya Booking.com

Menyedari persaingan dari Agoda, Trivago, Traveloka, Airbnb dsb, Booking.com menggunakan teknik-teknik khas supaya pelawat yang melayari wesbite Booking.com menempah hotel dari mereka dan tidak dari pesaing. Berikut adalah antara teknik yang digunakan.

Membina Sense of Urgency

Perhatikan gambar di bawah. Ia memaparkan bilik hotel ini telah ditempah 5 kali dalam masa 24 jam.

Kemudian, apabila saya klik pada teks tersebut, maklumat bertukar dan memaparkan latest booking sejam yang lepas.

Perhatikan pada teks “3 people are looking right now”

Dengan bilik yang hanya tinggal 1 sahaja, 3 orang sedang melihat bilik yang sama, apa perasaan pelawat yang melihat bilik ini?

Sudah pasti pelawat merasakan perlu tempat bilik ini segera sebelum ia habis! Bijak bukan?

Membina Feels good factor

Booking.com meletakkan testimoni paling positif pada setiap bilik yang ditawarkan. Ini bagi membina perasaan nyaman dalam hati pelawat dan seterusnya membantu mereka membuat keputusan menempah dengan lebih cepat.

Permainan Harga

Perhatikan penggunaan perkataan “Jackpot” yang memberikan gambaran pelawat seorang yang bertuah. Kemudian diikuti pula oleh kenyataan “cheapest price you’ve seen in Kuala Lumpur for your dates”. Adakah kenyataan ini tepat? Ia tidak perlu tepat. Ia cukup untuk mengambarkan, tempahan bilik ini adalah sesuatu yang murah dan anda bertuah dapat menempah bilik ini dengan harga ini.

Perhatikan juga teks paling bawah “You just missed it” sekali lagi untuk menimbulkan sense of urgency.

Bagaimana Kita Boleh Meniru Teknik Ini

Kali pertama saya melihat teknik ini di Booking.com, saya merasakan ianya sukar untuk ditiru. Sehinggalah saya melayari website e-commerce sahabat saya yang menggunakan WordPress + Woocommerce dan beliau menggunakan teknik yang sama di website beliau.

Jadi saya simpulkan teknik ini boleh ditiru dan digunakan dalam website e-commerce yang lain.

 

2 Comments

Leave a Comment

submit loader