Bereksperimen Dengan Twitter Ads : Apa Yang Anda Ingin Tahu?

Jika anda seorang pengguna twitter, anda pasti menyedari semakin hari semakin banyak iklan yang dipaparkan kepada anda.

Sebagai seorang marketer, pastinya ini menimbulkan tanda tanya adakah Twitter Ads ini berkesan dan berbaloi untuk dicuba?

Kita semua tahu, kos iklan di Google Adwords dan Facebook Ads semakin hari semakin meningkat. Kemudian kita tercari-cari platform altenatif yang membolehkan kita ;

  1. Tidak terlalu bergantung kepada Google & Facebook
  2. Mencapai market baru yang belum diterokai

Twitter Ads : Cara Akses

Saya berpeluang mencuba Twitter Ads baru-baru bagi menguji keberkesanannya. Adakah ia benar-benar berkesan?

Screenshot_092515_104309_PM

Pengguna twitter boleh mengakses Twitter Ads dengan cara di atas.

Untuk beriklan di Twitter, kita hanya perlu mempunyai akaun twitter dan Kad debit/credit untuk tujuan pembayaran.

Harus diingat pembayaran masih lagi dikira dalam USD.

Twitter Ads : Setup Iklan

Seperti Facebook Ads, Twitter Ads juga menawarkan beberapa tujuan iklan kepada pengiklan untuk dipilih. Sekiranya iklan kita bertujuan untuk menambah follower, maka kita perlu memilih Followers dan begitulah seterusnya.

Screenshot_092515_104847_PM

Tujuan iklan ini penting kerana kita akan membayar kos iklan berdasarkan kepada tujuan iklan. Contohnya jika kita memilih tujuannya ialah Website clicks, kita akan membayar kepada Twitter hanya kos untuk setiap klik yang diterima (walaupun iklan yang sama menyebabkan kita memperoleh follower baru).

Twitter Ads : Targeting 

Kepada siapa iklan kita akan ditunjukkan?

Kita boleh target iklan kita berdasarkan ;

  1. Lokasi
  2. Jantina
  3. Bahasa
  4. Device & Platform
  5. Mobile Carrier (Maxis, Digi, Celcom etc)
  6. Target New Devices
  7. Keyword
  8. Follower kepada akaun twitter tertentu
  9. Minat
  10. Audience dari data yang kita miliki (guna audience manager)
  11. TV Targeting (Masih belum ada untuk Malaysia)
  12. Behavior (Masih belum ada untuk Malaysia)
  13. Event Targeting

Twitter Ads : Report Prestasi Iklan

Twitter mempunyak sistem reporting iklan yang agak detail. Ini membolehkan kita untuk melihat dan membandingkan prestasi iklan yang kita jalankan.

Screenshot_092515_105613_PM

Seperti yang anda dapat lihat di atas, ada 5 parameter disediakan oleh twitter kepada pengiklan untuk melihat prestasi iklan.

Twitter Ads : Pengalaman Saya

Dalam ujikaji saya, saya jalankan iklan saya untuk tujuan Website Clicks dalam mood Automatic Bid. Teka apa yang berlaku?

Saya belanjakan USD 5 pertama saya di Twitter Ads hanya untuk mendapat 19 impressions dan 1 Click yang bernilai USD 5.

Saya terus tukar mood kepada Manual Bid dan saya keputusan selepas itu lebih baik dari segi kos. (Rujuk report di atas)

Perbandingan Dengan Facebook Ads

Untuk peringkat awal ini, saya masih belum mengukur kualiti traffic dari twitter ke website (saya akan bincangkan dalam tulisan yang akan datang).

Namun dari USD 13.88 (~RM 62.46) yang dibelanjakan, iklan saya menghasilkan 93 klik (atau RM0.67 untuk 1 klik), 17, 310 impressions, 418 tweet engagements.

Bila dilihat menggunakan tool analytics, keputusannya adalah seperti dalam gambar di bawah.

Screenshot_092515_110820_PM

Apabila saya membandingkan kos per bilangan reach di Facebook Ads dan Twitter Ads, saya menemui data berikut ;

Facebook Ads : 19, 034 reach , kos = RM 184.52

Twitter Ads : 17, 310 impressions/reach = RM 62.46.

Kesimpulan Awal

Saya dapat lihat potensi besar yang ada pada Twitter Ads.

Dengan sedikit data, pengalaman dan pengubahsuaian, tidak mustahil Twitter Ads boleh menjadi antara platform yang berkesan untuk beriklan.