Buat 1 Langkah Ini Sebelum Anda Mulakan Apa-Apa Bisnes

Jadi anda sudah ada idea bisnes yang ingin anda jalankan. Semua perkiraan sudah dilakukan. Anda yakin bisnes ini mampu pergi jauh dan membawa kejayaan. Namun, sebelum anda laburkan duit dan masa ke dalam bisnes tersebut, ada 1 langkah penting yang WAJIB anda lakukan terlebih dahulu.

Validate!

Saya pasti anda tentu pernah mendengar perkataan ini. Namun apakah maksud validate dalam bisnes? Bagaimana ia dilakukan? Apa indikasi dan kayu ukur sesuai untuk menilai idea bisnes kita ada permintaan?

Validate adalah langkah yang kita jalankan untuk menguji kebolehpasaran idea bisnes kita. Sesungguhnya kita tidak tahu adakah produk atau service yang kita tawarkan mempunyai pelanggan yang sanggup membayar dengan harga tertentu. Jadi langkah validasi bukan sahaja untuk menguji idea bisnes, malah sekaligus menguji price point untuk produk atau service kita.

Baca cara tentukan harga jual produk di sini.

Cara Validate Idea

Katakan anda ada produk yang bagus untuk dipasarkan. Cara paling mudah untuk validate produk tersebut ialah dengan cuba menjualnya secara online walaupun anda masih belum ada stok produk. Zaman sekarang kita anda Facebook, Instagram, Aplikasi Mudah.my, Aplikasi Carousell yang memudahkan kita menjual apa sahaja, bila-bila masa sahaja.

Sekiranya tidak ada orang yang berminat dengan produk yang anda cuba jual, mungkin anda akan menemukan jalan sukar untuk memulakan bisnes berasaskan produk tersebut.

Sebaliknya jika ramai yang berminat dan sanggup membayar harga produk tersebut serta merta, maknanya anda sudah menemui produk yang sesuai untuk memulakan bisnes anda.

Di bawah merupakan contoh saya validate idea salah satu idea bisnes saya. Saya menerima 5 offer untuk produk ini pada harga yang saya tetapkan. Ini membawa maksud produk ini ada pasaran dan peminat dan saya boleh teruskan idea bisnes ini.

Nota : Saya belum mempunyai apa-apa stok produk sebelum saya buat iklan di bawah.

 

Adakah anda sudah belajar sesuatu? Jika Ya, mohon komen di bawah.

1 Comment

Leave a Comment

submit loader