6 Kerja Freelance Malaysia Yang Anda Patut Cuba

Freelance Malaysia

Freelancer merujuk kepada seseorang yang bekerja sebagai freelance Malaysia tanpa hubungan jangka panjang dengan pelanggan atau orang yang memberi mereka pekerjaan.

Kontrak kerja freelancer merangkumi projek yang diusahakan, kos dan masa yang diperlukan untuk bekerja.

Sebagai seorang freelancer, waktu bekerja freelancer adalah berbeza dengan pekerja tetap. Sebagai contoh, freelancer tidak terikat dengan waktu bekerja dan kebiasaannya mereka akan bekerja bersendirian.

Kebanyakkan client menggunakan khidmat freelancer atas faktor kekurangan masa, tidak mempunyai pekerja yang mencukupi dan kekurangan skill melakukannya.

Oleh itu, sebelum anda masuk ke dunia freelance, pastikan anda bersedia dan telah melakukan carian yang mencukupi.

Persediaan Yang Perlu Dibuat Menjadi Freelancer

1. Buat Account Freelance Yang Dipilih

Tahukah anda, pekerjaan freelance terbahagi kepada dua iaitu umum dan khusus? Apakah perbezaan kedua-dua ini? 

Bagi yang umum seperti Freelancer, Upwork dan Workana, aplikasi ini mempunyai pelbagai jenis pekerjaan seperti penulis cerita, pereka poster, pembantu mengisi data, dan lain-lain.

Manakala, khusus pula akaun yang spesifik seperti Shutterstock dan Gengo. 

Kedua-dua pekerjaan freelance khusus ini sesuai bagi mereka yang mempunyai bakat seperti voice over atau jurukamera. 

Sebagai contoh, jika anda seorang jurukamera, anda perlu paparkan hasil kerja di ruangan Internet. Hasil tangkapan gambar yang menarik pasti akan menangkap mata si pembeli. 

2. International Payment 

freelance Malaysia

Pilih kewangan international yang dipercayai dan mudah bagi urusan transaksi. Tambahan pula, anda berkemungkinan mendapat client dari negara yang berbeza. 

Sebagai contoh, Paypal akan “berhubung” dengan kad debit atau kad kredit anda tetapkan. Jadi, anda tak perlu susah-susah memikirkannya.

Penggunaan Paypal amat terkenal sehingga 202 buah negara dan terdapat 25 mata wang yang terlibat dengannya. 

3. Mempunyai Kepakaran 

freelance Malaysia

Anda mahir dalam set-up website, mereka logo atau menggunakan Microsoft?

Anda boleh memanfaatkan kemahiran ini dalam mencari pekerjaan freelance Malaysia di platform atau aplikasi. 

Pastikan anda fahami ketetapan project yang dikehendaki oelh client bagi memudahkan pekerjaan. 

Duit dapat, anda pun senang hati!

4. Mempunyai Komitmen Kerja Dan Profesionalisme

Kerja freelance Malaysia ada yang melibatkan secara bersemuka dan ada yang tidak. 

Oleh itu, penting untuk freelancer bijak dalam pengurusan masa dan kreatif bagi menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan.

Tahukah anda, prestasi kerja yang baik yang diberikan kepada client terdahulu dapat membantu anda mencari potential client yang baru? 

Jadi, lakukan yang terbaik dan peluang kerja freelance anda akan berkembang! 

5. Berunding Kadar Khidmat Anda

Perkara ini penting bagi memastikan nilai dan bakat yang anda miliki adalah berpatutan dengan bayaran.

Oleh itu, ketahui nilai bayaran yang standard di pasaran kerja anda. Waspada dengan bayaran yang terlalu murah dan terlalu mahal.

6 Kerja Freelance Yang Patut Anda Cuba

1. Ghost-Writer/ Copywriter

freelance copywriter

Tahukah anda, tugas seorang copywriter dan content writer adalah berbeza? Copywriter ialah seorang penulis yang menulis copywriting untuk kerja-kerja seperti media sosial dan advertising

Manakala, content writer ialah seseorang yang menulis informasi yang bermanfaat dan disampaikan melalui artikel atau visual konten.

Jika ayat yang anda gunakan boleh persuade orang lain untuk membeli dan membaca cerita/artikel tersebut, anda mungkin orang yang dicari!

Tambahan pula, bakat penulisan seseorang itu dapat digilap melalui usaha dan pembacaan bahan-bahan ilmiah.

2. Graphic Designer

Individu yang mampu menjadi graphic designer yang kreatif selalunya kerap berlatih dan mempunyai haluan pembelajaran di universiti. Di situ, mereka dapat kembangkan bakat.

Kerja-kerja seperti design poster, kad kahwin, logo dan business card sesama kawan dan keluarga juga membantu dalam mengembangkan bakat dan creativitiy

Setiap design yang dihasilkan ada identiti sendiri. Hal ini kerana, ia terhasil daripada kreativiti sendiri dan disuaikan dengan cita rasa client.

3. Website Developer

Di freelance platform, anda akan dapati ada client yang mencari freelancer yang mahir dalam website optimization, content website update, dan website design bagi tujuan tertentu. 

4. Voice Over Artist

voice over artist

Anda mempunyai suara yang unik dan mampu mengubah suara kepada pelbagai variasi? Pekerjaan voice over atau lakonan suara ini wajar anda pertimbangankan!

Di Malaysia, bayaran secara sambilan bagi kerja voice over boleh mencecah sehingga RM1000 ke atas, bahkan boleh sampai puluhan ribu! 

5. Translator

Mempunyai pengetahuan bahasa yang tinggi dan boleh berbicara menggunakan bahasa asing?

Gunakan pengetahuan anda untuk menjadi translator bagi kerja-kerja penulisan dan lisan seperti artikel dan sari kata drama.

Hal ini kerana, artikel dan sari kata yang diterjemah akan membantu untuk meningkatkan penguasaan anda dalam bahasa tersebut.

6. Virtual Assistant

Virtual assistant (VA) atau pembantu maya ditugaskan untuk memberikan sokongan kepada syarikat atau individu seperti pentadbiran, perakaunan, dan sebagainya secara atas talian.

Untuk pekerjaan ini, setiap maklumat yang anda peroleh adalah sulit. Anda tidak boleh mendedahkan maklumat tersebut sewenangnya untuk mengelakkan contract breaching. .

Jadi, anda sudah tahu kerja freelancer yang anda boleh dilakukan sekarang?

Setiap pekerjaan walaupun tampak ringan dan mudah, namun cabarannya tetap ada. Jadi, pastikan anda selalu asah bakat dan skills jika anda ingin menjadi seorang freelancer dan kerja sebagai freelance Malaysia. 

Anda pelajari sesuatu info yang baharu dan menarik? 

Teruskan membaca artikel di Bomstart Media. Kami paparkan pelbagai artikel yang menarik berkaitan marketing, brand dan servis sebagai panduan anda!

SCAM WARNING

Kindly be aware that certain individuals might approach you, by falsely presenting themselves as representatives of Bomstart Media.

You are strongly advised to exercise caution and be on the lookout for frauds and scams while making any transaction and 
make sure the bank account is registered in the name of Bomstart Media Sdn Bhd.