Guna Formula Ini Untuk Tingkatkan Conversion/Sales Berkali-Kali Ganda

IMG_2102

Saya gunakan formula HMTJ ini untuk tetapkan satu standard bagi menjalankan aktiviti pemasaran & jualan harian dengan lebih tersusun.

Sekiranya anda perasan, dari segi teori ianya sama sahaja dengan teori pemasaran biasa melalui sales funnel yang berakhir dengan conversion/jualan.

Sebenarnya kebanyakkan penjual kecil-kecilan online di facebook atau intagram sudahpun menjalankan aktiviti himpun, jana minat, bina kepercayaan & jual.

Namun kadang-kadang kita terlalu fokus kepada 2 aktiviti ini sahaja. Himpun-jual, himpun-jual & himpun-jual. Aktiviti harian kita cuma tambahkan follower & fans, dan banyakkan update posting menjual. Ini menyebabkan prospek bosan dan tidak dapat melihat nilai disebalik apa yang kita kongsikan.

Kepentingan Minat & Trust

Berbicara soal minat & trust menjuruskan perbincangan ke arah content marketing. Tanpa content yang berkualiti dan bernilai, kita sukar untuk menarik minat orang kepada kita/produk/servis.

Trust atau kepercayaan adalah elemen paling akhir yang diperlukan oleh prospek sebelum berlakunya conversion. Apabila elemen ini berjaya ditanam dalam minda prospek, conversion akan berlaku.

Formula HMTJ

Dari perbincangan ini, kita dapat keluarkan satu formula :

H x M x T = J

Dari formula ini, kita dapat membuat kesimpulan berikut ;

1. Semakin banyak H (prospek) yang dihimpun = Semakin banyak J yang terhasil.

2. Meningkatkan kualiti M dan T = Semakin banyak J yang terhasil walaupun bilangan H (prospek) tidak bertambah.

Potensi HMTJ

Konsep HMTJ inilah yang saya gunakan dalam merangka strategi Google Adwords, Email Marketing & Facebook Ads yang menghasilkan mencecah jualan enam angka sebulan.

Konsep HMTJ ini jugalah yang saya gunakan untuk membangunkan sistem dropship yang bulan pertama sahaja berjaya mencatatkan jualan RM4X,XXX.00.

Pendek kata, ini bukan teori dan formula kecil-kecilan walaupun saya gunakan terma dalam bahasa melayu.

Saya akan banyak rujuk kepada formula ini dalam perkongsian akan datang.

Insyaallah.

SCAM WARNING

Kindly be aware that certain individuals might approach you, by falsely presenting themselves as representatives of Bomstart Media.

You are strongly advised to exercise caution and be on the lookout for frauds and scams while making any transaction and 
make sure the bank account is registered in the name of Bomstart Media Sdn Bhd.