Hentikan 13 Amalan Ini Untuk Jadi Seorang Yang Berjaya Dalam Bisnes

Posting ini tidak berniat untuk mengajar, cuma untuk mengingatkan diri sendiri jua.

Hentikan 13 amalan di bawah ini untuk jadi seorang yang berjaya dalam bisnes.

1. Amalan Yang Tidak Sihat

Hentikan semua amalan yang tidak sihat.

Makan makanan tidak sihat, merokok, tidak cukup tidur, tidak bersenam dan seumpamanya.

Macam mana nak berjaya kalau tak sihat pada ketika bisnes memerlukan kita?

2. Mentaliti Jangka Pendek

Ramai orang suka bermain game jangka pendek.

Mereka suka strategi yang buat hari ini malam ini terus dapat result.

Pada kebanyakkan masa, strategi jangka pendek mempunyai beberapa kelemahan ketara

  • ianya sementara
  • ianya tak boleh diulang
  • ianya tidak sustainable
  • ianya tidak scalable

Fokus masa yang ada untuk strategi jangka pendek menyebabkan kita tak ada masa untuk rangka dan buat strategi jangka panjang.

Akhirnya kita akan terperangkap dalam rat race orang bisnes. Hidup untuk survive bulan ini sahaja.

3. Ragu-Ragu

Kita ada idea bisnes? Kita ragu-ragu? Ianya normal.

Kita perlu tahu macam mana nak keluar dari perasaan ragu-ragu tersebut. Ianya dengan cara kita buat validasi idea seperti yang diterangkan dalam post ini : Validasi Idea.

Masalah dengan kebanyakkan orang bila dia ada idea ialah dia takut untuk bersuara tentang ideanya.

Dia merasakan ideanya terlalu hebat yang apabila dia buka mulut, orang akan tiru idea tersebut.

Idea tak akan bawa kita kemana-mana.

Ada berlambak idea di luar sana yang mati sebagai idea.

Apa yang menentukan adakah berjaya atau gagalnya sesuatu idea bukannya idea itu sendiri tapi perlaksanaan idea tersebut.

4. Beralasan

Hentikan beri alasan. Kita sudah tahu dengan jelas apa yang perlu kita buat untuk berjaya. Betul?

  • bangun pagi solat subuh
  • solat duha
  • buat task A
  • buat task B
  • capai KPI X
  • capai KPI Y
  • contact bakal customer 1
  • contact bakal customer 2
  • deal dengan syarikat M
  • deal dengan syarikat N

Tapi berapa banyak kali kita skip task di atas dan memberi pelbagai alasan kepada diri sendiri?

“Alah buat esoklah… Minggu depanlah… Bulan depanlah… Tahun depanlah… Alah sempat lagi tu… Rileks dulu…”

5. Mentaliti Terhad

Hentikan dari mempertahankan mentaliti terhad (fixed mindset).

Bakat sahaja tak akan membuatkan seseorang berjaya.

Idea sahaja tak akan membuatkan seseorang berjaya.

Orang yang berjaya semuanya bekerja dengan keras walaupun bagi kes penyanyi cantik yang ada pakej.

Kalau dia tak bekerja keras untuk hasilkan albumnya atau bekerja keras mencari komposer yang handal, adakah dia akan berjaya? Sudah tentu tidak!

6. Percaya Kepada Kejayaan Segera

Tidak ada magik dalam bisnes. Tak ada kejayaan dalam satu malam. Hentikan kepercayaan tersebut.

Semua orang berjaya yang sedang upload bukti kekayaan di media sosial sekarang ini pernah hadapi masa susah & sukar dalam hidup.

Mereka jarang bercerita tentang zaman susah. Mereka hanya bercerita apabila sudah berjaya, ada pelbagai kereta mewah & rumah banglo bagaikan istana.

Masa mereka susah? Tak ada siapa nak highlight siapa dia masa dia susah.

Tukar habit dari sekarang. Habit kecil-kecil yang dibuat setiap hari akan mendatangkan kejayaan dalam masa panjang.

7. Jadi Perfectionist

Berhenti jadi perfectionist.

Saya dulu seorang yang perfectionist dan ia menghubungkannya kepada habit suka bertangguh.

Sehingga saya baca satu buku yang di dalamnya terdapat satu quote oleh Reid Hoffman, Founder kepada LinkedIn :

If you are not embarrassed by the first version of your product, you’ve launched too late.

Quote ini mengubah persepsi saya tentang menjadi seorang yang perfectionist bukanlah satu kelebihan.

Ia satu kekurangan. Dan ia sebenarnya racun yang membunuh potensi yang kita ada dan kita akan banyak terlepas peluang.

Done is better than perfect. – Mark Zuckerberg

8. Multitasking

Pada satu-satu masa, kita ada banyak idea bisnes.

Nak buat A, nak buat B, nak buat C dan seterusnya.

Kita merasakan kita boleh fokus ketiga-tiganya dalam satu masa dengan multitask.

Tapi kebanyakkan orang akan gagal bila start multitask.

Bukan sahaja untuk idea bisnes. Tapi termasuklah task biasa yang dibuat harian. Fokus satu task sahaja dalam satu2 masa.

Masa untuk menyusunnya mengikut prioriti.

9. Suka Mengawal Segala-galanya

Ada orang suka mengawal segala-galanya.

Satu ketika kita akan sedar, ada banyak benda berada diluar kawalan.

Fokus hanya pada perkara yang kita boleh kawal.

10. Jadi Pak Angguk

Berhenti jadi pak angguk.

Usahawan perlu tahu bila untuk angguk dan bila untuk geleng.

Jangan angguk kepada semua peluang bisnes yang datang.

Semakin hampir kita kepada kejayaan, semakin banyak peluang bisnes yang nampak enak akan datang.

Jalan terus dengan apa yang kita percaya. Fokus adalah kunci utama.

11. Syarikat/Sistem Yang Teruk

Letakkan orang yang hebat dalam sistem yang teruk. Sistem yang teruk akan menang setiap hari.

Hentikan berada dalam sistem yang teruk.

Keluar dan cari sistem yang baik yang kita boleh berkembang dan belajar.

Jangan takut untuk keluar dari comfort zone tersebut.

Cuba kira apakah worst case scenario sekiranya kita buat keputusan tersebut dan kita akan dapati ia tidaklah seteruk mana.

12. Nak Semua Orang Suka Kita

Kalau nak semua orang suka kita, jangan jadi leader. Jadilah penjual aiskrim!

Pernah dengar?

Itulah hakikatnya. Kalau nak berjaya, jangan jangka semua orang akan suka kita.

Akan ada orang yang tak suka kita walaupun kita tak ada kene mengena dengan dia.

Itulah lumrah hidup. Jangan ambil ia sebagai sesuatu yang peribadi.

Jalan terus!

13. Suka Berhibur

Deserve it mentality.

Itu yang saya belajar dari salah satu kelas branding yang saya hadiri beberapa bulan lalu.

Bill Gates tidak pernah bercuti atau berehat selama 10 tahun iaitu pada usia 20 – 30 tahun semasa membangunkan bisnes Microsoft.

Beliau memanggil tempoh masa ini dalam hidup sebagai The Ten Dark Years.

Hasilnya? Microsoft, sebuah syarikat antara paling besar dalam dunia.

Di mana kita sekarang? Adakah masih lagi suka berhibur, pergi melancong, atau buang masa dengan perkara sia-sia?

Dalam masa yang sama ingin berjaya?

Hentikan!

 

Semoga boleh diambil pengajaran berguna dari tulisan ini.

4 Comments

Leave a Comment

submit loader