Post ini mungkin agak basic tapi saya terkejut ramai yang tidak aktifkan fungsi Ecommerce dalam Google Analytics untuk website ecommerce masing-masing.
Saya kira ia sesuatu yang wajib saya highlightkan dalam blog untuk dijadikan rujukan anda yang sedang membaca posting ini.
Saya mana yang anda tahu, saya WAJIBKAN semua pemilik website ecommerce untuk memasang Google Analytics dalam website masing-masing.
Ini untuk memudahkan kita membaca semua data website yang mungkin tidak dapat dibaca oleh facebook pixel dan internal analytics yang disediakan oleh platform ecommerce anda.
Cara Aktifkan Fungsi Ecommerce
Jadi, selepas memasang Google Analytics, pergi ke Admin > All Website Data > Ecommerce Settings > Enabe Ecommerce.
Siap!
Jadi apa fungsi Ecommerce pada Google Analaytics ni?
Dengan mengaktifkan fungsi ini, Google Analytics akan mengumpul data berkaitan dengan ecommerce seperti data pembelian, conversion rate, produk yang dibeli, no order, dan sebagainya.
Ianya akan memudahkan kita membaca data dari mana berlakunya pembelian dan channel apa yang dilalui oleh prospek sebelum berlakunya pembelian.
Untuk memahami Google Analytics untuk Ecommerce, saya ada menulis satu ebook yang boleh dimuatturun secara percuma di pautan di bawah.
Download di sini : https://bomstart.my/ebook-percuma-panduan-asas-google-analytics-untuk-bisnes-e-commerce/
Jadi jangan lupa untuk aktifkan fungsi ni ya?
Semoga bermanfaat.