Nak Tahu Website Ecommerce Kita Ok Ke Tak? Lihat Pada 4 Data Ini.

Sebagai pemilik website ecommerce, kita WAJIB tahu adakah website kita dalam keadaan sihat atau perlukan perubahan.

Persoalannya, apa indikasi yang boleh digunakan untuk kita buat keputusan website kita ok dan tak ok?

Oleh kerana kita menggunakan ecommerce, setiap keputusan perlulah dirujuk pada data.

Data ini biasanya kita perolehi dari Google Analytics.

Jadi dalam post ini saya akan ulas berkenaan data apa yang kita perlu lihat untuk tentukan website kita ok atau tak ok. Sihat atau perlu diupgrade.

Conversion Rate

Conversion rate ialah kadar traffic/pelawat membeli di sesebuah website ecommerce.

Katakan untuk setiap 100 pelawat yang memasuki website ecommerce kita, 2 orang yang membeli.

Ini bermakna conversion rate website ecommerce kita ialah pada kadar 2%.

Website ecommerce yang sihat, conversion ratenya ialah pada kadar 2% – 3%. Jika kurang dari 2%, kita perlu buat sesuatu untuk tambah baik website kita.

Conversion rate : 2% ke atas

Bounce Rate

Bounce Rate ialah kadar pelawat meninggalkan website tanpa membuat apa2 (klik pada link, buat pencarian etc).

Katakan ada 100 pelawat memasuki website dan 80 orang meninggalkan website tanpa menunjukkan aktiviti lain, maka bounce rate website kita ialah 80%.

Kadar bounce rate yang normal bagi sesebuah website ecommerce ialah sekitar 43%.

Antara yang menyumbangkan kepada turun naiknya bounce rate ialah seperti loading time, dan kualiti content dalam website kita.

Bounce rate : sekitar 43%

Average Page Per Visit

Data ini akan memaklumkan kepada kita berapa halaman website yang dilayari oleh traffik dalam website kita.

Page per visit yang normal bagi sesebuah website ecommerce ialah sekitar 2.5 pages per visit.

Website ecommerce gergasi seperti Amazon mencatatkan page per visit sebanyak 9.8.

Average Page Per Visit : 2.5

Average Session Duration

Ada kalanya website kita hanya ada 1 page (single product).

Jadi kita perlu lihat kepada data lain selain average page per visit.

Average session duration ialah data yang mengukur berapa lama masa seseornag pelawat berada dalam website kita.

Data ini boleh berubah-ubah mengikut panjang content dalam website kita.

Untuk panduan mudah, pastikan average session duration adalah lebih dari 1 minit.

Average Session Duration : Lebih 1 minit.

 

 

1 Comment

Leave a Comment

submit loader