Table of Contents
Sejak awal Januari 2018, saya mula menawarkan personal coaching dan consulting kepada pemilik bisnes yang ingin memulakan bisnes secara ecommerce.
Antara sebab kenapa saya menawarkan coaching ini ialah untuk memahami apa masalah yang dihadapi oleh pemilik bisnes dan apa yang saya boleh bantu mereka.
Seperti yang saya selalu tekankan, faham pelanggan adalah aset kepada kita.
Dengan menawarkan coaching, ia menjadi salah satu cara saya untuk saya memahami client dan bakal client saya dengan lebih mendalam.
Ada banyak ilmu dan maklumat yang saya dapat sepanjang hampir 4 bulan ini.
Saya sebenarnya agak terkejut apabila client yang ambil personal coaching dengan saya rupanya sudah memiliki bisnes dengan sales lebih 6 angka sebulan hanya menggunakan whatsapp.
Jadi apa sebenarnya yang menyebabkan pemilik bisnes ini tertarik dengan ecommerce?
Mengapa mereka ingin beralih kepada ecommerce walaupun sales dah banyak dengan bisnes yang berkembang pesat dan staf yang ramai?
Berikut ialah sebab-sebab seperti yang diberitahu kepada saya.
1. “Saya Sudah Penat Layan Whatsapp”
Bagi bisnes close sale di whatsapp, apabila sales bulanan telah mencapai 6 angka sebulan, client saya mendapati tugas untuk melayan prospek di whatsapp adalah satu tugas yang banyak kerja.
Ada kalanya ada beratus whatsapp yang masuk sehari ke dalam handphone team sales.
Ini menyebabkan handphone hang, tidak respon, perlu restart dan sebagainya.
Sebagai penyelesaian, pemilik bisnes perlu beli iPhone (whatsapp lebih stabil dalam iPhone) kepada semua team sales.
Itu belum dikira mesej yang perlu dibalas tak kira masa dan di mana.
2. “Susah Nak Uruskan Team Sales”
“Tuan, haritu salah seorang team sales harapan saya cuti berkahwin. Sales bisnes saya jatuh teruk disebabkan beliau bercuti.”
“Tuan, susah uruskan team sales. Ada hari mereka semangat, ada hari mereka down.”
Itu antara keluhan client saya.
Menguruskan manusia bukan satu tugas yang mudah. Apalagi manusia yang membawa duit kepada bisnes kita.
Ia umpama menarik rambut di dalam tepung.
3. “Saya Nak Cuba Ecommerce”
Bila bisnes sudah berkembang di tahap sales 6 angka sebulan, pemilik bisnes akan memikirkan cara & channel lain untuk mengembangkan bisnes ke peringkat seterusnya.
Ini juga menjadi sebab kenapa mereka ingin mencuba ecommerce.
Pada saya, ia satu mentaliti usahawan yang cemerlang.
Kita tak boleh meletakkan semua telur dalam bakul yang sama.
Kerana itu juga, biasanya bagi pemilik bisnes yang sudah establish dari segi sales & model bisnes, saya cadangkan ecommerce sebagai channel baru kepada mereka.
Mereka tak perlu tinggalkan channel jualan sedia ada, tapi boleh cuba ecommerce sebagai channel jualan yang baru dan diuruskan secara berasingan.
Masa untuk tuan puan pula mencuba ecommerce!
Jika tuan puan rasa ini masa terbaik untuk tuan puan mencuba ecommerce, tuan puan boleh bertindak sekarang juga!
Suasana sekarang tidak lagi seperti dulu. Dengan wujudnya gergasi ecommerce seperti Lazada, Shopee, 11street, mereka telah mendidik rakyat Malaysia habit untuk membeli secara online di websit ecommerce.
Jika anda sudah bersedia, jemput dapatkan ebook Rahsia Ecommerce Funnels saya hari ini juga.
Layari ==> https://bomstart.my/ref1/
Layari ==> https://bomstart.my/ref1/