Table of Contents
Saya agak terkejut kerana ramai pemilik website ecommerce yang tidak sedar berkenaan komponen yang wajib ada dalam website ecommerce.
Setelah saya bertanya tentang beberapa perkara, rupanya komponen tersebut tidak pernah dipasang atau ada dalam website ecommerce beliau.
Menyedari hal itu, hari ini saya akan menulis komponen wajib ada dalam mana-mana website ecommerce.
Tuan puan boleh baca dan forwardkan kepada web developer masing-masing berkenaan post ini (atau tuan puan boleh hubungi saya untuk bangunkan website ecommerce tuan puan).
1. Google Analytics
Ya, masih ada website ecommerce yang belum dipasang google analytics.
Saya letakkannya ditempat pertama untuk membayangkan betapa pentingnya komponen ini kepada website ecommerce tuan puan.
Memasangnya tidak susah. Hanya perlu register ke Google Analytics, copy code yang diberikan dan masukkan dalam header website (oklah kedengaran macam susah bagi sesetangah orang).
Biasanya platform ecommerce sudah ada plugin untuk Google Analytics. Install dan ikut arahan yang diberikan. Biasanya akan mengambil masa kurang 15 minit sahaja untuk dilakukan.
Kenapa Google Analytics penting? Untuk belajar lanjut berkenaan Google Analytics, tuan puan boleh download ebook saya secara percuma di Panduan Asas Google Analytics Untuk Bisnes Ecommerce.
2. Payment Gateway
Untuk menjadikan website ecommerce kita automatik, kita perlu menggunakan sistem penerimaan pembayaran yang automatik.
Bagusnya apabila kita guna payment gateway (selain menyediakan pembayaran secara manual bank-in) ialah kita tak perlu tukar status pesanan satu persatu selepas pelanggan membuat pembayaran.
Payment gateway juga biasanya akan menyediakan pilihan pembayaran yang pelbagai termasuk kad kredit, kad debit, fpx, dan bank-bank tempatan lain. Ada payment gateway seperti Molpay yang menyediakan pilihan pembayaran di 7 Eleven yang memudahkan kita target segmen pelanggan tertentu misalnya.
Walaubagaimanapun, untuk menggunakan payment gateway kita perlu ada akaun bank syarikat.
Di sini sebab utama mengapa ramai yang tidak ada payment gateway di website ecommerce.
3. Facebook Pixel
Facebook Pixel juga merupakan komponen wajib ada bagi sesebuah website ecommerce jika tuan puan menggunakan facebook ads (instagram ads).
Facebook Pixel bagi website ecommerce mempunyai apa yang dipanggil sebagai “event tracking” yang akan merakam kelakuan pelawat dalam website kita.
Gambar di bawah ialah contoh event tracking untuk sesebuah website ecommerce.
Facebook Pixel juga boleh dipasang menggunakan plugin bagi sesebuah platform ecommerce.
Ianya sepatutnya tidak begitu sukar kepada tuan puan yang sudah biasa dengan laman web.
4. SSL (Secure Sockets Layer)
Pastikan website ecommerce tuan puan menggunakan SSL untuk menjamin keselamatan data pelanggan yang berinteraksi dengan website ecommerce kita.
Website yang ada SSL dan tiada SSL boleh dibezakan dengan https:// atau http:// dipangkal urlnya.
Selain fungsi keselamatan & menambah keyakinan pelanggan, SSL juga bagus untuk SEO dan memberikan ranking yang tinggi di search engine.
5. Ada Info Syarikat
Pastikan ada satu page dalam website ecommerce kita mempunyai info tentang syarikat kita.
Komponen ini ialah untuk kita menuruti peraturan yang telah ditetapkan oleh KPDNKK yang mewajibkan semua peniaga online berdaftar dan memaparkan info syarikat di laman web atau laman menjual masing-masing.
Dalam page tersebut, masukkan :
- Nama Syarikat
- No pendaftaran SSM syarikat
- Alamat surat menyurat
- Cara hubungi (No telefon & Email)
6. Polisi-Polisi Penting
Antara page polisi yang wajib ada dalam website ecommerce adalah :
- Polisi Persendirian (Privacy Policy)
- Polisi Pemulangan Dan Polisi Pemulangan Wang (Return & Refund Policy)
- Polisi Penghantaran (Shipping Policy)
- Terms & Conditions
Jangan risau. Kita tak perlu lantik peguam untuk draftkan polisi-polisi ini untuk kita.
Cara paling mudah ialah copy & paste sahaja polisi-polisi ini dari website orang lain dan tukar sikit-sikit mengikut kehendak kita.
Semoga bermanfaat!