2 Platform Ecommerce Terbaik Untuk Pemain Ecommerce Baru

Platform Ecommerce Terbaik?

Saya menerima banyak pertanyaan tentang platform eccomerce apa yang bagus untuk memulakan bisnes cara ecommerce.

Jadi post ini ialah untuk anda.

Bagi anda yang sedang tercari-cari platform ecommerce apa nak guna untuk start bisnes ecommerce, saya cuma cadangkan 2 ini sahaja.

1. Shopify
2. Woocommerce

Shopify

Dari 2 platform ini, paling mudah ialah Shopify.

Ia mudah sebab tak perlu pening kepala dengan hosting, SSL dan isu teknikal website.

Ia macam kita register untuk buat blog di blogspot sahaja, tapi untuk ecommerce.

Kos dikira bulanan secara subscription dan boleh unsubscribe bila-bila masa.

Masalah utama shopify kepada orang bisnes baru ialah kos bayaran bulanan yang bagi sesetengah orang mungkin agak mahal.

Woocommerce

Jika kita ada sedikit kepakaran asas website, saya cadangkan woocommerce.

Ia lebih fleksibel dan versatile berbanding shopify.

Kalau nak customize, ramai programmer diluar sana yang familiar dengannya.

Kosnya pula kita cuma perlu ada hosting & domain name & kos untuk SSL.

3 Ciri Platform Ecommerce Yang Bagus

“Platform XXXXX ok tak tuan?”
Nak tahu ok atau tidak, adakah platform tersebut ada ciri-ciri di bawah?

  • mudah untuk bermula (semua orang suka yang mudah!)
  • cepat adapt dengan trend baru (ini penting!)
  • integration dengan banyak 3rd party service (ini best!)

Contohnya, boleh ke kita apply strategi Sales Funnel (rujuk : https://bomstart.my/2017/12/05/perbezaan-marketing-funnel-sales-funnel-bagi-ecommerce/) dalam platform ecommerce tersebut tanpa perlu cari programmer untuk customize the system (yang kita tahu akan mahal dan makan masa untuk perfect).

Kalau bisnes tuan puan sudah mula mencecah 6 angka sebulan dengan plan untuk menambah produk baru dan sebagainya, 2018 ialah tahun yang baik untuk mula mencuba ecommerce.

Untuk permulaan, jadikan ia channel sales yang experimental sahaja dulu untuk belajar sepak dan terajangnya. Macam biasalah, nak berlajar berjalan kena jatuh & bangun dulu.

Leave a Comment

submit loader