9 Unfair Advantage Yang Kita Ada Dalam Bisnes Kita Tanpa Disedari

Unfair advantage adalah topik yang selalu muncul dalam perbualan saya dengan kawan-kawan sejak akhir-akhir ini.

“Tengok brand XXX, sangat berjaya.”

“Alah dia ada unfair advantage YYY boleh lah.”

Ini juga merupakan satu topik yang ramai orang bisnes yang dah berjaya cuba elak dari bercakap secara terbuka. Topik unfair advantage seolah-olah mencabut kredit usaha keras mereka selama ini dan memberikan kredit tersebut keseluruhannya kepada unfair advantage.

Kadang-kadang kita memandang unfair advantage ini terlalu tinggi. Seolah-olah ia menentukan berjaya atau tidaknya sesuatu bisnes.

Saya terpegun dengan kata-kata Dan Lok tempoh hari,

Orang yang tak boleh buat duit tanpa duit, kemungkinan tak boleh buat duit dengan duit. Kita tak perlukan modal, kita perlukan strategi yang lebih baik.

Ada banyak cerita berkenaan startup yang menerima geran beratus ribu, ada yang juta, akhirnya tutup. Padahal unfair advantage dari segi modal dipandang begitu tinggi oleh orang-orang bawahan seperti kita. Betul?

Saya teringkat kata-kata Jack Ma:

Anda akan buat banyak kesilapan ketika banyak duit.

Jadi hari ini, saya nak bercerita tentang unfair advantage yang kita ada tanpa kita sedari kerana kita terlalu kagum dengan orang lain.

1. Passion

Saya letakkan passion ditempat pertama kerana ia unfair advantage yang sangat penting. Bermula dari passion, ia akan mencipta drive yang menjadi petrol kepada diri kita sendiri dalam menjalankan dan meneruskan bisnes. Setiap bisnes akan ada pasang surut. Passion sangat diperlukan pada ketika ombak cabaran sangat tinggi menjulang dan bakal menghempas dan menkaramkan kapal bisnes kita.

Tanpa passion, orang akan berhenti berjuang.

Ramai orang yang berjuang untuk duit, sangat sedikit orang yang berjuang kerana passion.

Ini unfair advantage yang kita ada!

2. Expertise

Kenal produk & kenal market sedalam-dalamnya. Ini unfair advantage yang selalu kita tak sedar kita ada. Syarikat gergasi seperti Lazada memang ada modal dan database yang besar. Tapi mereka tidak kenal produk & market mereka seperti mana kita kenal produk & market kita.

Di masa depan, orang akan lebih cenderung membeli produk di kedai yang spesifik berbanding di kedai yang general untuk produk-produk yang spesifik.

Jadi pastikan kita asah expertise kita setajam-tajamnya bermula sekarang.

Ini unfair advantage yang kita ada!

3. Experience

Selain pengalaman dalam produk dan market, kita juga mempunyai pengalaman dalam banyak perkara dalam bisnes. Pernah gagal, pernah ditipu, pernah tersilap buat keputusan dan sebagainya. Itu semua pelajaran yang tidak boleh dipelajari dalam mana-mana buku & seminar. Hanya orang yang pernah melaluinya sahaja akan benar-benar tahu rasa dan cara untuk tidak mengulanginya lagi.

Jadi kita ada pengalaman, kita ada unfair advantage!

4. Agile

Dalam bahasa melayu agile bermaksud tangkas. Oleh kerana kita kecil, kita akan tangkas. Ada banyak elemen yang kita boleh masukkan unsur tangkas. Tangkas dalam mengubah produk ikut kehendak pasaran. Tangkas dalam menggunakan teknologi baru. Tangkas dalam mendengar keinginan pelanggan sedia ada. Tangkas menukar strategi.

Bagi syarikat besar, mereka hilang aspek ketangkasan.

Ini unfair advantage yang kita ada!

5. 1st Mover

Bila kita tangkas, kita ada kebarangkalian untuk menjadi 1st mover dalam market. Kita akan cepat menghidu trend baru kemudian terus merancang strategi ke arah itu. Pada ketika syarikat besar sedang siapkan proposal & kertas kerja, kita sudah menguasi market tersebut.

Ini unfair advantage yang kita ada!

6. Copyright/Patent

Tuan puan dah baca berita kes Ariani tiru telekong Siti Khadijah (klik sini) ? Ini ialah contoh tepat bagaimana kita boleh gunakan unfair advantage 1st mover kepada unfair advantage copyright & patent. Jangan kedekut untuk daftarkan design hebat bisnes kita di MyIPO. Tangguhkan self reward beli kereta, beli aset, beli gadget terlebih dahulu.

7. Partnership

Saya agak bersalah kerana meletakkan partnership di tempat ke-7. Ia sepatutnya lebih atas.

Banyak bisnes lingkup kerana pergaduhan dalaman. Sales bagus, bisnes bagus, akhirnya melingkup kerana si A ingin buat X si B ingin buat Y. Akhirnya si B keluar dari syarikat dan kedua-duanya melingkup.

Jadi kalau kita ada partner bisnes yang sekepala, sepassion, percayalah itu unfair advantage yang tak semua orang ada.

Syukurlah!

8. Community

Saya percaya kita tak akan mampu ada brand tanpa komuniti. Jadi jika bisnes kita ada komuniti yang kuat yang sentiasa menyokong dan memberikan feedback kepada produk & service, kita ada unfair advantage tersendiri yang tak semua orang ada.

Tak semua bisnes melihat komuniti sebagai satu keperluan. Pada saya, semua brand yang serius akan ada komuniti brand evangelist masing-masing.

9. Lokasi

Jika bisnes kita dekat dengan kurier, kita ada unfair advantage. Jika bisnes kita dekat dengan kilang supplier, kita ada unfair advantage. Kalau bisnes kita betul-betul berada di lokasi strategik ini, kita ada unfair advantage tersendiri.

Syarikat gergasi yang menyedari hal ini seperti Zappos sanggup berpindah ke lokasi yang memberikan mereka unfair advantage dalam bisnes mereka.

Penutup

You can’t have everything.

Akan ada aspek yang kita kurang. Tapi dalam masa sama, ada aspek yang kita lebih.

Pengajaran dari post ini ialah, gunakan apa yang kita ada sepenuhnya dahulu, yang kita tak ada akan datang kemudian.

Nota : Jangan lupa daftarkan minat Ebook Rahsia Ecommerce Funnel di sini.

Leave a Comment

submit loader