5 Cara Target Iklan Facebook Ads Untuk E-Commerce

Facebook Ads merupakan platform pengiklanan yang sangat popular dan berkesan dalam menjana sales bagi website E-Commerce. Hari ini saya ingin kongsikan 5 cara yang selalu saya gunakan untuk target iklan Facebook Ads untuk website E-Commerce.

5. Target Fans

Sepertimana yang kita tahu, posting di fanpage tidak dipaparkan (reach) kepada semua fan yang like page tersebut. Dari pemerhatian saya, sekitar 1 – 2% sahaja fan yang melihat posting kita. Selebihnya, kita perlu bayar untuk iklan kita sampai kepada mereka.

Ada yang bertanya, perlu ke kita buat iklan untuk fan sendiri? Jawapan saya, YA, YA & YA! Ini adalah audience yang sudah kenal kita, mungkin pernah berinteraksi dengan kita, mungkin sudah sukakan kita (kalau tidak suka mana mungkin mereka like page kita?). Jadi audience ini antara paling mudah untuk close sale di website kerana mereka sudah kenal dan percaya kepada kita. Audience ini jauh lebih berkualiti dari audience yang langsung tidak kenal siapa kita dan tidak pernah like page kita.

4. Target Lookalike Audience

Jika kita ada data asas (custom audience), kita boleh create lookalike audience kemudian target audience ini. Bagi kes website E-Commerce, saya biasanya akan gunakan database pelanggan sedia ada, upload ke custom audience kemudian bina 1% lookalike audience. Facebook akan mencari avatar pengguna yang hampir sama dengan database pelanggan tadi dan kita boleh target audience ini untuk iklan kita.

3. Target Interest/Behaviour

Target Interest/Behaviour merupakan cara target iklan facebook paling popular dan mudah difahami.  Bagi website E-Commerce, selain dari target keyword yang berkaitan dengan produk yang anda jual, jangan lupa untuk target pelanggan yang biasa membeli online menggunakan shopping cart. Ini bagi memudahkan untuk berlakunya conversion di website dan bukannya di whatsapp atau email secara manual.

2. Target Remarketing

Jangan lupa untuk pasang Facebook Pixel di website E-Commerce anda. Ini kerana kita boleh gunakan data yang dikumpul oleh Facebook Pixel ini untuk target kembali pelawat website kita tadi. Teknik ini dipanggil remarketing. Caranya ialah dengan target audience yang pernah melayari website atau telah melihat produk di website kita. Kita boleh iklankan produk yang sama kepada pelanggan ini samada secara manual ataupun secara dynamic menggunakan Facebook Dynamic Ads.

1. Target Customer

Customer adalah aset bagi mana-mana bisnes. Namun masih ramai yang tiada list customer atau tidak pernah gunakan database customer untuk menjana repeat order. Tahukah anda, customer yang pernah membeli dengan kita adalah yang paling mudah untuk membeli sekali lagi berbanding orang yang tak pernah membeli langsung dari kita? Sekiranya anda mempunyai website E-Commerce, fikirkan satu cara pengurusan data customer terbaik, upload ke custom audience di Facebook kemudian target mereka dengan tawaran seperti kupon diskaun dan sebagainya. Convert mereka menjadi repeat customer dan seterusnya, pelanggan setia!

Adakah artikel ini berguna untuk anda? Tinggalkan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah.

Leave a Comment

submit loader