Cara Setup Format Report Facebook Ads Ala-Ala Sales Funnel Untuk E-Commerce

Selain dari targeting, skrip jualan, gambar, dan sebagainya, antara elemen paling penting dalam iklan Facebook Ads adalah report. Saya boleh umpamakan, report adalah MATA kepada semua iklan yang kita buat. Dari report inilah kita dapat MELIHAT (faham) apa hasil yang kita perolehi setelah berbelanja sekian banyak di Facebook Ads.

Sales funnel pula adalah satu bentuk kronologi dari orang asing (stranger) bertukar menjadi pelanggan. Memahami tahap-tahap dalam sales funnel memudahkan kita mengenalpasti masalah atau kekuatan sepanjang aktiviti penawaran sesuatu produk.

Biasanya sales funnel boleh digambar seperti berikut;

Mengapa kita perlu setup report Facebook Ads ala-ala sales funnel?

Jawapannya ialah untuk kita lebih memahami prestasi iklan yang sedang berjalan, dimanakah masalah atau kekuatan iklan yang kita buat.

Saya ambil satu contoh; iklan A menerima banyak link clicks, tetapi tiada sales yang terhasil. Dengan melihat dari report ala-ala sales funnel, kita akan dapat melihat di tahap manakah conversion tidak berlaku. Di situ kita boleh perbaiki masalah yang mungkin tidak kelihatan sekiranya kita tidak setup report iklan kita ala-ala sales funnel.

Cara setup

Kita ingin setup supaya report iklan kita mampu paparkan maklumat seperti dalam gambar di bawah.

1. Buka Ads Manager Facebook Ads, klik pada Columns > Customize Columns.

2. Tambahkan metriks berikut ke dalam column. (Hint : boleh guna fungsi search kemudian tick padanya untuk menambah ke dalam column)

3. Tick pada Save as preset untuk memudahkan anda akses format report ini di masa akan datang kemudian klik butang Apply.

4. Contoh report yang terhasil.

Selamat mencuba. Jika ada apa-apa persoalan boleh tanyakan di ruangan komen.