5 Halangan Berlakunya Jualan Yang Mesti Anda Tahu

jualan_tips

Kajian menunjukkan, seorang yang normal akan melihat beribu-ribu iklan setiap hari. Lalu apa jaminan iklan/promosi kita akan berjaya menarik minat bakal pembeli?

Untuk berlakunya sesuatu jualan, kita harus menjawab atau mematahkan 5 halangan jualan seperti yang disebutkan oleh Zig Ziglar dalam gambar.

1. NO NEED : Mengapa bakal pelanggan perlukan produk yang kita jual? Adakah ianya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka?

2. NO MONEY : Halangan pertama berjaya dipatahkan. Tapi pelanggan tidak cukup duit untuk membeli atau tidak ada bajet untuk membeli produk yang kita jual. Di sini kepintaran memberikan diskaun memainkan peranan. Biasanya bukanlah pelanggan tidak berduit tetapi lebih kepada tidak ada bajet untuk membelinya.

3. NO HURRY : Halangan kedua berjaya dipatahkan. Tapi bakal pelanggan tidak dapat melihat alasan mengapa perlu membeli secara tergesa-gesa. Mengapa perlu membeli sekarang dan bukannya pada hari gaji masuk? Patahkan halangan ini dengan teknik jualan masa terhad! Diskaun terhad! Stok terhad! Bakal habis! Bestseller! Laku Keras!

4 : NO DESIRE : Ada banyak produk yang diperlukan pelanggan, mereka berduit dan ada tawaran jualan terhad, tapi belum cukup kuat keinginan mereka untuk memiliki produk tersebut. Step ini perlukan permainan psikologi & emosi. Hujah yang diperlukan untuk mematahkan halangan ini juga perlu elemen psikologi & emosi. Bakal pelanggan juga perlu diberikan maklumat yang lebih banyak untuk membina minat, ingin tahu, dan kepuasan memiliki yang bakal dinikmati setelah membeli produk. Sekiranya boleh, tanya pelanggan – “Ada apa lagi maklumat yang anda perlu tahu supaya anda dapat membuat keputusan membeli?”.

5 : NO TRUST : Mengapa mereka perlu percayakan kita? Mengapa perlu membeli dari kita dan bukan orang lain? Patahkan hujah ini dengan memberikan testimoni pelanggan yang sudah berpuas hati membeli dari kita. Ada perbualan dengan pelanggan di whatsapp? Gunakan!

Apabila kelima-lima halangan ini patah & roboh, insyaallah akan berlakulah jualan. Gunakan teknik-teknik di atas dalam menulis skrip jualan anda bermula hari ini.

 

Leave a Comment

submit loader