Apa Itu Jual Beli & Teori Membina Tawaran Luar Biasa

11041655_1569634933304463_1076491333144451475_n

 

1. Proses pertukaran nilai
2. Menjual & membeli adalah satu tindakan

1.
Jual beli adalah proses pertukaran nilai. Pelanggan tukarkan duit dengan produk yang dijual oleh penjual. Jual ialah TAWARAN dan beli ialah PERMINTAAN. Jual beli tidak berlaku jika tiada TAWARAN & PERMINTAAN. Jual dan beli juga biasanya tidak berlaku jika tiada TAWARAN yang menarik kepada pembeli.

KESIMPULAN : TAWARAN MESTI MENARIK / LUAR BIASA
——
2.
Apabila penjual bertindak untuk MENAWARKAN produk, pembeli perlu bertindak untuk MEMBELI. Bukan mudah untuk membuatkan seseorang bertindak membeli. Manusia secara lumrahnya suka jika dia tak perlu buat apa-apa. Penjual perlu berikan sebab kenapa pembeli perlu membeli. Dan penjual juga perlu mudahkan proses TINDAKAN membeli.

KESIMPULAN : BUATKAN PEMBELI SUPAYA BERTINDAK CEPAT, TANGGUH BERMAKNA TIADA JUALAN

=================

TAWARAN biasanya ada 3 jenis;

1. TAWARAN TAK MENARIK : Belilah..saya jual.
2.TAWARAN BIASA : Belilah , tak rugi.
3. TAWARAN LUAR BIASA : TAK BELI, RUGI!
——
Manusia biasanya lebih mudah bertindak supaya tidak rugi daripada bertindak untuk dapat sesuatu walaupun sama nilainya. Cth: Manusia lebih mudah bertindak supaya tidak hilang Kereta A daripada bertindak untuk mendapatkan kereta A.
——
Dari teori ini, kita mampu merancang konsep TAWARAN no. 3 yang mempunyai elemen, TAK BELI, RUGI.

Penjual biasanya menggunakan terma JUALAN TERHAD, DISKAUN TERHAD, STOK TERHAD, MASA TERHAD dan seumpamanya supaya dapat menimbulkan elemen, TAK BELI, RUGI!

Leave a Comment

submit loader