Table of Contents
Berapa kali niat anda untuk memulakan bisnes tersekat kerana anda tidak tahu nak bisnes apa? Jika jawapan anda ialah banyak kali, entri kali ini mungkin sangat berguna untuk anda. Jadi pastikan anda baca, faham dan tanya soalan jika inginkan penjelasan lanjut. Apa yang anda dapat dari entri ini mungkin mampu mengubah hidup anda.
Berikut beberapa idea bisnes yang mampu dimulakan oleh sesiapa sahaja dengan modal yang sangat minima.
Bisnes Dropship
Bisnes secara Dropship semakin popular akhir-akhir ini. Caranya ialah anda menjadi agen jualan kepada syarikat tertentu tanpa perlu menguruskan stok & penghantaran produk.
Tugas anda hanya cari pembeli, terima bayaran kemudian buat order di website pembekal dan bayar kepada pembekal. Anda memperolehi margin keuntungan daripada perbezaan harga yang anda jual kepada kepada pelanggan dan harga yang anda dapat dari pembekal. Biasanya margin keuntungan bergantung kepada jenis produk. Biasanya sekitar 15 – 50%.
Bisnes secara Dropship ini boleh dimulakan oleh sesiapa sahaja dengan yuran komitmen yang rendah. Ahli Dropship tidak perlu menyimpan stok sekaligus dapat mengurangkan risiko produk tidak dapat dijual.
Idea Bisnes 1 : Dropship AliExpress
Aliexpress, sebuah laman web ecommerce yang dimiliki oleh syarikat gergasi Alibaba ada menawarkan program dropship AliExpress yang dikenali sebagai AliDropship. Apa yang menariknya ialah, ia tidak hanya menawarkan program dropship, malah menawarkan plugin yang boleh dipasang di website wordpress yang memudahkan semua urusan order dengan pembekal termasuk pengurusan order dan stok, semuanya dalam satu sistem yang terbina.
Idea Bisnes 2 : Program Dropship Bookcafe
Jika anda suka buku, anda boleh cuba program dropship Bookcafe. Ia menawarkan margin dari 20% – 35% bergantung kepada pakej yang anda ambil. Yuran komitmen seumur hidup yang dikenakan pula hanya serendah RM200 sahaja.
Bisnes Affiliate
Bisnes secara Affiliate pula ialah anda perlu mempromosikan link website jualan sesebuah syarikat. Apabila berlaku jualan dari link anda tersebut, anda akan dibayar komisen. Nilai komisen ini pula bergantung kepada jenis produk. Biasanya peratus komisen produk digital boleh mencecah 50%-70% berbanding produk fizikal yang hanya sekitar 4-12% sahaja.
Apa yang pasti, bisnes Affiliate boleh dimulakan sesiapa sahaja dan boleh disertai secara percuma. Tidak ada kos, tidak ada risiko.
Idea Bisnes 3 : Affiliate Lazada
Tahukah anda laman e-commerce Lazada ada menawarkan program Affiliate? Lazada menawarkan komisen jualan dari 6% sehingga 10% bergantung kepada jenis produk. Anda boleh gunakan program ini untuk promosikan produk-produk yang berpotensi dibeli oleh rakan-rakan anda.
Bisnes Berasaskan Service
Bisnes berasaskan service biasanya sesuai untuk anda yang ada kepakaran tertentu dalam satu-satu bidang spesifik. Contohnya seperti anda pandai membina website. Anda boleh tawarkan service membina website dengan harga tertentu kepada pelanggan yang berminat.
Sudah pasti ia tidak terhad kepada bisnes online semata-mata. Jika anda pandai memotong rambut misalnya, anda boleh mulakan service potong rambut secara kecil-kecilan di tempat anda.
Idea Bisnes 4 : Service menyediakan content kepada bisnes orang lain.
Content marketing adalah sesuatu yang sangat penting lebih-lebih lagi dalam dunia serba digital kini. Orang bisnes biasanya sibuk dengan urusan bisnes dari A hingga Z dan tiada masa untuk menyediakan content untuk mengemaskini akaun social media mahupun blog syarikat. Jadi saya melihat service penyedia content marketing ada pasaran yang besar untuk meningkatkan engagement antara sesebuah syarikat dan pelanggan mereka.
Bisnes Berasaskan Produk Fizikal
Bisnes produk fizikal semakin mendapat tempat di kalangan usahawan tempatan akhir-akhir ini. Ada yang mula menjual produk kecantikan, produk kesihatan, produk supplement, produk fesyen, produk penjagaan rambut & jambang dan seumpamanya.
Bisnes produk fizikal juga biasanya memakan modal yang agak besar bergantung kepada jenis dan cara anda melakukan bisnes.
Terdapat 2 cara anda menjalankan bisnes produk fizikal;
A. Jual Produk Orang – Berbeza dengan bisnes Dropship & Affiliate, jual produk orang di sini bermaksud anda menjadi agen jualan yang menyimpan stok dari pembekal dan menguruskan semua aspek bisnes selepas itu termasuk penghantaran produk dan khidmat pelanggan. Biasanya bisnes seperti ini dipanggil agen jualan atau stokis. Ada juga konsep ambil stok secara kredit (berhutang), ambil stok secara consignment (bayar hanya bagi produk terjual) atau beli tunai (pada harga diskaun istimewa).
Idea Bisnes 5 : Pilih satu produk yang pembekalnya menawarkan sistem agen jualan
Ada banyak syarikat pengeluar produk yang menawarkan pakej menjadi agen jualan dengan modal yang rendah. Ia bergantung kepada minat dan kecenderungan anda terhadap produk apa yang ingin anda jual. Saya mencadangkan supaya anda memilih produk yang dekat dengan anda. Lebih baik kalau anda sendiri pengguna produk itu.
Senarai syarikat dan contact anda boleh cuba lihat di Majalah.com.
B. Jual Produk Sendiri – Bisnes jual produk sendiri ini memerlukan anda menguruskan segenap aspek dalam bisnes dari A sehingga Z. Maksud saya dari pembangunan produk, penyimpanan produk (inventory), marketing, jualan produk (sales), aspek kira-kira untung rugi (accounting) dan khidmat pelanggan (customer service).
Idea Bisnes 6 : Ambil Produk Di Alibaba.com
Seperti mana yang anda tahu, Alibaba.com merupakan syurga kepada peniaga. Ia mendekatkan kita kepada pemilik kilang-kilang pengeluar produk yang beroperasi di negara China. Buat kajian tentang produk apa yang anda ingin bangunkan, kemudian search pembekal sesuai di Alibaba.com ( pilih pembekal berstatus Gold Supplier sahaja). Kita boleh custom made produk yang dihasilkan dengan meletakkan logo branding kita sendiri untuk tujuan penjenamaan.
Sudah pasti bisnes produk sendiri ini mempunyai risiko antara yang paling besar. Kajian pasaran perlu dilakukan terlebih dahulu untuk memastikan produk yang kita ingin jual ada permintaan dengan harga yang tertentu.
Idea Bisnes 7 : Ambil produk di pusat borong seperti GM Klang
Berbeza dengan mengambil produk di Alibaba.com, produk yang ditawarkan di GM Klang biasanya adalah dalam bentuk ready made. Ianya sudah siap dengan brand. Kita tidak boleh letakkan logo brand kita sendiri. Cara melakukan bisnes pula adalah straight forward. Beli produk pada harga borong dan jual pada harga runcit.
Bisnes ini juga mempunyai risiko yang besar. Pastikan kajian pasaran dilakukan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan modal untuk mengambil stok produk dari pembekal.
Bisnes Berasaskan Produk Digital
Bisnes produk digital bagi sesetengah orang mungkin agak sukar untuk dijalankan. Jika dulu, bila disebut sahaja produk digital yang muncul di minda kita mungkin produk dalam bentuk e-book yang membincangkan topik-topik yang khusus dan spesifik. E-book itu pula dijual secara online di website yang mengandungi ayat jualan yang mengancam dan hebat.
Meskipun bisnes e-book masih lagi relevan, bisnes produk digital tidak terhad kepada produk e-book semata-mata. Produk digital boleh wujud dalam berbagai bentuk. Ada dalam bentuk wordpress themes, aplikasi telefon pintar, pakej template design, dan seumpamanya.
Penutup
Apa yang harus anda lakukan sekarang? Pada saya cara terbaik untuk mula bertukar dari mindset kerja dengan orang ke mindset bisnes sendiri ialah dengan memilih bisnes secara dropship. Mula dari situ kemudian anda boleh tahu adakah dunia bisnes benar-benar untuk anda.
Apa tunggu lagi, mula bertindak sekarang.