Sedang Mencari Platform Ecommerce Free di Malaysia?

Platform Ecommerce Free?

Kos adalah antara penghalang utama mengapa ramai orang terbantut hajat dari mencuba ecommerce.

Dalam fikiran ramai orang, ecommerce sangat mahal untuk bermula.

Adakah ia benar atau hanya mitos?

Berapakah kos minimum untuk memulakan bisnes ecommerce sebenarnya?

Software Ecommerce Kebanyakkannya Percuma!

Ya, benar. Kebanyakkan software ecommerce adalah percuma. Antaranya :

  • Woocommerce (WordPress)
  • OpenCart
  • Prestashop
  • Magento (edisi percuma)
  • Zencart
  • osCommerce
  • VirtueMart (Jomla)
  • Drupal Commerce (Drupal)
  • dan banyak lagi..

Untuk menggunakan platform ini, kita perlu ada tapak tanah yang dipanggil Hosting dan alamat tanah yang dipanggil domain name.

Hosting dan Domain Name adalah berbayar.

Kos minimum untuk hosting dan domain name ialah sekitar RM100 sahaja.

Jadi kos untuk memulakan bisnes ecommerce minimum hanyalah RM100 sahaja.

Aspek Teknikal Bisnes Ecommerce

Bagi yang ada kepakaran untuk install, setup, dan running website ecommerce, kos permulaan adalah sangat rendah.

Kos hanya akan jadi tinggi apabila kita mengupah web developer professional untuk membangunkan website ecommerce kita.

Ini kerana, membangunkan website ecommerce adalah kerja yang renyah dan memakan masa yang lama.

Apa lagi jika kita ada bilangan SKU (stock keeping unit) yang tinggi.

Untuk setup kesemua itulah yang memakan masa yang lama.

Masa = Duit.

Selepas siap dibangunkan, developer akan ajar pula bagaimana untuk mengendalikan website tersebut.

Platform Ecommerce Yang Disyorkan?

Jika tuan puan ingin memulakan bisnes ecommerce, saya syorkan 2 platform sahaja seperti yang telah dibincangkan dalam post sebelum ini => Klik Di Sini.

Dari post ini kita dapat simpulkan platform ecommerce free dan percuma memang wujud tapi tetap ada kos lain yang perlu ditanggung.

Jika kita menyangka ia mahal untuk bermula, pada saya ia jauh lebih murah jika dibandingkan dengan membuka kedai fizikal.

Apa pendapat tuan puan?