Senarai Wajib Ada Bagi Peniaga Online Di Tahun 2018

Pejam celik, kita dah masuk ke tahun baru 2018. Apa perancangan kita sebagai peniaga online di tahun baru ini?

Tahun baru, azam baru, semangat baru, target sales pun mestilah baru.

Post ini saya akan senaraikan apa yang peniaga wajib ada bermula tahun 2018 ini.

1. Website

Tidak kisahlah apa bentuk website tersebut, paling wajib ada bagi tahun 2018 ialah website. Dah berniaga online bertahun-tahun tapi website pun belum ada.

Janganlah terlalu bergantung kepada Facebook & Instagram. Buatlah satu website untuk identiti online kita.

Tak kisahlah website tu dalam bentuk blog, website portfolio, ecommerce atau apa sahaja. Yang penting ada domain sendiri, & hosting.

Content yang sama yang kita letak kat facebook, letakkan juga kat website. Nanti robot search engine akan scan website kita dan tunjukkan result yang berkaitan di search engine apabila ada orang mencari keyword yang sepadan dengan apa yang kita tulis.

Dengan cara ini, kita akan dapat traffic dengan percuma dan kemungkinan sales masuk secara percuma tanpa ads berbayar!

2. Database Prospek

2018, saya sarankan wajib kumpul database prospek. Database ini cukuplah sekadar data Nama, Email & No Telefon. Ada banyak cara untuk kumpul database ini.

  1. Cara automatik – Buat landing page berbentuk squeeze page untuk minta prospek masukkan nama, email & no telefon (buat dibuat menggunakan Mailchimp)
  2. Cara manual – Kalau cara automatik terlalu kompleks untuk kita, buatlah secara manual. Copypaste data dari whatsapp & facebook messenger ke dalam excel dan susun mengikut nama, email & no telefon

3. Database Customer

Apabila prospek dah buat pembelian (membayar untuk dapatkan produk atau servis), pindahkan beliau ke database customer. Sekali lagi ini boleh dilakukan secara automatik dan manual seperti di atas.

4. Content Marketing

Masalah no.1 tentang content marketing yang menyebabkan ramai malas buat ialah ianya strategi jangka panjang. Ramai orang tak minat dengan strategi jangka panjang. Orang kalau boleh buat pagi ni, petang nanti dah dapat result. Sebab itu bisnes kita susah nak berkembang besar. Kita bermain short term. Bisnes orang lain boleh besar sebab mereka bermain long term.

Seperti saya cakap tadi, bila dah ada website, masukkan content berkualiti yang dicari oleh bakal pelanggan kita ke dalam website.

5. Video

Apabila tahun berubah, capaian internet oleh rakyat Malaysia meningkat, kepantasan internet juga turut sama meningkat. Sekarang rakyat Malaysia sekarang sangat suka menonton video di media sosial atau laman youtube. Ia lebih visual dan mudah dihadam berbanding content dalam bentuk teks.

Jadi peniaga online boleh ambil ride trend ini menunjukkan value produk atau service menggunakan video. Bagi saya, ianya wajib ada pada tahun 2018. 1 produk perlu ada sekurang-kurangnya 1 video untuk menerangkan tentang value nya.

Leave a Comment

submit loader