Trend Digital Marketing Yang Menarik Untuk Diperhatikan Pada Tahun 2018

2018 ialah tahun yang besar kepada semua orang bisnes. Apa strategi Digital Marketing untuk bisnes kita bagi tahun 2018?

Ekonomi negara kita Malaysia sedang melalui fasa suram bagi sesetengah industri dan fasa gemilang bagi industri lain.

Industri yang terlibat dengan import barang ke dalam negara misalnya sedang melalui fasa malapetaka apabila matawang ringgit jatuh teruk sehingga ke RM4.5 per dollar Amerika tahun lalu.

Sebaliknya, industri export pula melalui fasa gemilang apabila kejatuhan nilai ringgit ini meningkatkan sales & pendapatan hasil dari transaksi dengan pembeli dari luar negara.

Industri oil & gas antara yang paling terkesan apabila harga minyak jatuh ke paras $30 setong setahun atau dua tahun lepas. Kita semua ada kawan atau kenal kawan yang ada kawan yang berkerja dalam industri Oil & Gas yang terpaksa berhenti kerja dan membuat parttime sebagai pemandu Uber & Grab Car.

Oleh kerana ekonomi negara kita banyak dipengaruhi oleh industri ini, dengan faktor-faktor lain seperti cukai dan baru dan sebagainya, fasa 2, 3 tahun sangat tidak sihat untuk ekonomi dan secara tidak langsung mempengaruhi persekitaran bisnes.

Jadi, ia menjadi amat penting untuk kita tahu trend digital marketing terbaru 2018.

Dengan pengetahuan ini, kita boleh merancang aktiviti digital marketing kita dengan lebih bijak dan tersusun.

1. Live Video, Live Audio

Live Video sudah menjadi sesuatu yang trending.

Kini semua orang ada channel live streaming tersendiri secara percuma samada di Youtube, Facebook, Instagram mahupun twitter!

Viewer pula lebih suka menonton live video dari video yang dimuatnaik secara rakaman.

Sedikit masa lagi, Facebook akan perkenalkan Live Audio pula.

Pemilik bisnes harus bijak menggunakan tools seperti ini untuk engaged viewer & listener untuk menaikkan nilai brand dan seterusnya membuat jualan.

Saya jangka Live Video & Audio ini akan menjadi sesuatu yang trend di tahun 2018 ini.

2. Social Media Micro Influencer

Bila bercakap tentang Influencer di sini, saya tidak merujuk kepada selebriti atau artis yang mempunyai follower dan fans yang berjuta.

Saya bercakap tentang Micro Influencer. Individu yang berpewatakan menarik yang mempunyai follower 10,000 – 100,000 orang.

Kebanyakkan mereka ini ada niche tertentu atau ada gaya tertentu.

Di tahun 2018, trend menggunakan micro Influencer ini dijangka akan meningkat.

Di platform twitter misalnya Tweet Berbayar atau Paid Review yang secara tak langsung menjadi sumber pendapatan sampingan kepada pengguna social media.

3. Content Marketing

2015 kita bercakap tentang content marketing. 2016 kita bercakap tentang content marketing. 2017 kita bercakap tentang content marketing. Sekarang, 2018 pun kita masih bercakap tentang content marketing.

Tapi berapa ramai yang ambil serius tentang content marketing?

Masalah dengan content marketing ialah, ia bukan strategi yang kita buat hari ini, esok tuai hasil seperti facebook ads.

Ia strategi jangka panjang. Kita buat content marketing hari ni, hasilnya mungkin kita tuai di tahun 2019. Orang yang buat content marketing di tahun 2015 pula sedang menuai hasil yang sangat lumayan.

Bisnes yang berkisar kepada short term akan mengabaikan kepentingan content marketing.

Dan bisnes tadi akan menjadi short term bisnes.

kredit : https://www.quicksprout.com

4. Trafik Organik Dari Social Media Akan Berkurang

Facebook mengubah algorithm mereka sesuka hati.

Tahun ini suka post berbentuk gambar. Tahun depan suka post berbentuk video. Kemudian suka Live Video. Kemudian entah apa lagi.

Reach post biasa pula semakin krik3.

Page like berpuluh ribu tapi reach untuk post biasa hanya berpuluh orang.

Instagram juga mengalami nasib yang sama walaupun tidak seteruk facebook.

Jadi, jangkakan trafik organik dari social media akan jatuh.

Sebab itu saya nasihatkan untuk kita ada website sendiri.

Semua post content yang kita letak di website sendiri akan di crawl secara adil oleh search engine.

5. Pelanggan Memilih Produk Yang Memberikan Tawaran Nilai Terbaik

Setuju atau tidak, pelanggan sekarang lebih cerewet tentang banyak hal. Mereka ambil lebih banyak masa untuk buat keputusan membeli.

Kenapa?

Kerana kita hidup di zaman serba digital atau diistilahkan sebagai the age of (nearly) perfect information.

Jadi pelanggan akan membuat kajian yang lebih mendalam sebelum membuat keputusan membeli kerana

  • inginkan tawaran nilai terbaik
  • tidak mahu membuat kesilapan

Jangan cepat simpulkan mereka inginkan diskaun.

Mereka tidak perlukan diskaun sekiranya kita mampu tunjukkan bahawa produk & servis kita berbaloi dengan nilai harga yang mereka bayar. Keywordnya ialah BERBALOI.

Antara buku yang menarik untuk dibaca.

6. Marketing Automation

Saya tidak mahu bercakap tentang Artificial Intelligence (AI) atau consumer personalization sebab ianya akan menjadi teori bagi kebanyakkan bisnes kecil & sederhana.

Tapi 2018 saya rasa adalah tahun kita mula memberikan fokus kepada marketing automation.

Saya ambil satu contoh iaitu email marketing.

Task untuk berinteraksi dengan pelanggan perlu diautomasikan menggunakan email marketing.

Contohnya, selepas 5 hari customer membeli produk online, email automation akan hantar email bertanyakan tentang adakah produk sudah diterima dan jika ya, minta pelanggan untuk tinggalkan review di website.

Ianya sistem automation yang mudah tapi sangat efektif.

Kesimpulan

Seperti biasa, jangan terlalu hanyut dengan trend. Buat kajian terlebih dahulu apakah impak trend ini kepada branding, marketing dan sales bisnes kita.

Jika berbaloi, jangan teragak-agak pula.

Go all in.

SCAM WARNING

Kindly be aware that certain individuals might approach you, by falsely presenting themselves as representatives of Bomstart Media.

You are strongly advised to exercise caution and be on the lookout for frauds and scams while making any transaction and 
make sure the bank account is registered in the name of Bomstart Media Sdn Bhd.