Anda Orang Bisnes Nak Belajar Buat Website Ecommerce? Baca Ini Dahulu

“Tuan buat kelas ajar buat website ecommerce tak?”

Ni antara soalan favourite yang ditanya kepada saya.

Walaupun saya BOLEH buat kelas tersebut, tetapi saya seboleh-bolehnya TAK rekemen orang bisnes untuk belajar buat website ecommerce sendiri, terutamanya kalau umur kita dah 30 ke atas (saya seorang yang realis).

Kita sepatutnya fokus untuk bina bisnes dan bukannya bina website. Tugas bina website kita boleh guna freelancer atau jika ada modal lebih, upah developer luar. Ianya hanya sekali setup kemudian kita hanya perlu bayar domain & hosting sahaja setahun sekali.

Ramai orang hanya fikir duit itu adalah modal. Tak ramai yang fikir, masa juga adalah modal. Cuba hitung, berapa nilai 1 jam kita? Kalau kita boleh buat sales RM500 dalam masa satu jam. Adakah kita rasa rugi untuk bayar developer website 80 jam untuk bangunkan website ecommerce kita dengan bayaran RM5000?

Kalau website ecommerce kita buat sendiri :

1. Kita akan spend banyak masa untuk bangunkan website dan ianya kerja yang renyah (sangat renyah – orang yang pernah buat website akan faham). Nak edit satu button pun mungkin makan masa setengah sehari kepada newbie yang suka tukar color fancy dan nak color matching itu dan ini.

2. Website yang kita buat tak akan nampak professional. Seorang web developer professional perlu belajar bertahun-tahun sebelum boleh betul2 mahir buat website yang professional. Skill ini tak akan mungkin boleh diajar dalam masa sehari dalam 1 kelas.

3. Apabila ada masalah pada website, kita akan ada keterbatasan pengetahuan. Kerja paling renyah dalam buat website ialah troubleshooting masalah. Sekali lagi, apabila ia terjadi dan kita nak selesaikan sendiri, ia akan mengambil masa terlalu lama untuk google penyelesaian dan sebagainya. Separuh jalan, kemungkinan besar kita akan give up. Belum masuk cabaran bisnes, cabaran buat website pun dah give up.

Jadi, kalau tuan puan benar-benar serius nak bina bisnes ecommerce, berlajarlah bina bisnes. Jangan pergi belajar bina website. Bab bina website, kita serahkan kepada yang pakar. Usahakan modal. Serahkan semua hal sakit kepala, renyah, teknikal itu kepada ahlinya.

Tugas kita? Fikir macam mana nak susun strategi. Macam mana nak jual dengan lebih banyak. Banyak mana nak grow.

Strategi ecommerce saya dah kongsikan dalam ebook saya, Rahsia Ecommerce Funnels. Tuan puan boleh dapatkan sekarang juga di halaman ini.

Semoga bermanfaat.