Cara Buat Website: Blog Personal dan Perniagaan

Cara Buat Website: Blog Personal & Perniagaan

Kemajuan dunia digital telah membuka nafas baru kepada rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan. Mereka kini boleh belajar cara buat website bagi tujuan perniagaan, pendidikan dan sebagainya. 

Website merupakan sebuah alternatif yang baik buat para peniaga untuk menjual produk mahupun menyediakan perkhidmatan kepada orang awam. 

Namun, ramai peniaga lebih memilih untuk meneruskan perniagaan di platform sosial media seperti Instagram, Facebook dan Twitter. 

Mereka beranggapan berniaga di sosial media adalah lebih mudah dan dapat meraih perhatian daripada pengguna-pengguna sosial media. 

Jadi, apakah kepentingan membuat laman sesawang perniagaan sekiranya platform sosial media lebih mudah untuk dikendalikan? 

Para peniaga boleh menjelaskan maklumat produk, perkhidmatan dan bisnes dengan lebih menyeluruh di website perniagaan. 

Sebaliknya, pembeli akan membaca sepintas lalu mengenai produk atau perkhidmatan di sosial media. Cara ini kurang berkesan kerana pembeli perlu merujuk dan bertanya pelbagai soalan kepada pemilik bisnes. 

Untuk itu, artikel ini akan menjelaskan cara buat website dan info-info penting untuk para peniaga yang ingin mempunyai website perniagaan sendiri. Teruskan membaca!

4 Komponen Website Berfungsi

cara buat website

1.Domain

Komponen utama yang anda perlu tahu mengenai website ialah definisi dan fungsi domain

Secara ringkasnya, domain bermaksud alamat website yang tertera semasa anda melayari Internet. 

Kebiasaannya, pembeli atau pengguna Internet akan merujuk kepada satu website sebagai sumber informasi. 

Website tersebut perlulah memiliki alamat yang ringkas dan mudah diingat oleh pengguna-pengguna Internet. 

2.Hosting 

Komponen kedua dalam membuat laman sesawang ialah hosting

Hosting ialah tempat penyimpanan segala maklumat dan fail yang berkaitan dengan laman sesawang perniagaan anda. 

Maklumat dan fail-fail mengenai bisnes, produk atau perkhidmatan anda boleh didapati dalam bentuk teks, gambar, video dan sebagainya. 

Hosting sangat penting dalam membuat website kerana segala informasi perihal bisnes anda akan dipaparkan di laman sesawang. 

3.Platform Website

cara buat website

Dengan adanya kemudahan digital, para peniaga dan pemilik bisnes; sama ada kecil atau besar boleh membuat website untuk perniagaan. 

Berikut ialah senarai platform yang anda boleh dapati di Internet.

a) Shopify

website

Sekiranya anda berminat untuk mendirikan kedai secara dalam talian, maka Shopify merupakan pilihan platform digital yang baik. 

Di platform ini, anda boleh menjual pelbagai jenis produk seperti pakaian, perabot, buku-buku dan sebagainya. 

Shopify turut menyediakan kemudahan lain contohnya templates, proses pembayaran (kad kredit/ PayPal), blog penulisan dan e-mel bahan pemasaran. 

Bukan itu sahaja, Shopify juga menggalakkan kegiatan interface di akaun sosial media seperti Facebook, Messenger, Amazon dan Instagram. 

Ini merupakan cara yang baik untuk meraih perhatian daripada pengguna Internet secara meluas. 

Sekiranya anda tertarik dengan web platform Shopify, anda boleh memuat turun di iOS dan Android Play Store. 

b) Wix

website

Wix ialah pembina website (website builder) yang berteraskan konsep minimalis. 

Wix sangat sesuai untuk dijadikan sebagai platform perniagaan kerana ia menampilkan kemudahan yang terbaru iaitu SEO Wizard. 

Selain itu, penggunaan Wix adalah sangat mudah kerana ia berasaskan drag-and-drop

Ini bermakna anda boleh ubah suai platform perniagaan anda mengikut cita rasa sendiri. 

Satu lagi perkara yang menarik mengenai Wix ialah anda boleh mengendali website perniagaan melalui telefon pintar sahaja. 

Ini kerana anda boleh memuat turun aplikasi Wix di telefon pintar melalui iOS dan Android Play Store. 

c) WordPress

website

Majoriti rakyat Malaysia seperti orang awam akan memilih WordPress sebagai ruang penulisan. 

Hal ini disebabkan WordPress menyediakan perkhidmatan iaitu pengurusan sistem terbuka (open-source content management). 

Ini bermakna WordPress tidak berada di bawah kepunyaan mana-mana syarikat. 

Oleh itu, pengguna-pengguna WordPress boleh mengubah fungsi yang sedia ada tanpa perlu meminta izin daripada pemaju WordPress. 

Dengan ini, orang ramai boleh menggunakan WordPress untuk menghasilkan blog penulisan bersifat personal ataupun perniagaan secara percuma. 

Antara jenis-jenis penulisan blog yang anda boleh lakukan di WordPress ialah: 

  • Blog 
  • Portfolio personal 
  • Website perniagaan
  • Forum 

d) BigCommerce

ecommerce

BigCommerce ialah platform berbayar e-dagang (e-commerce) yang membenarkan para peniaga untuk mendirikan bisnes di Internet. 

BigCommerce menawarkan perkhidmatan software as a service (SaaS). 

Ini bermaksud anda perlu memilih jenis perkhidmatan yang ditawarkan di website itu dan membayarnya pada setiap bulan. 

Kelebihan-kelebihan BigCommerce adalah seperti berikut: 

  • Boleh disalurkan ke akaun sosial media (Facebook, Pinterest, etc.) 
  • Kupon diskaun dan gift vouchers
  • Memiliki ciri-ciri Search Engine Optimization (SEO)
  • Tidak ada had untuk kakitangan akaun

4. Konten atau Isi Kandungan

cara buat website

Anda mungkin tertanya-tanya jenis konten atau penulisan yang perlu ada dalam website. 

Sebenarnya, anda boleh menulis pelbagai isi kandungan yang menarik untuk meraih perhatian daripada para pelanggan dan pengguna Internet. 

Berikut ialah jenis-jenis konten penulisan yang perlu ada dalam website perniagaan anda. 

1. Tutorial

Kebanyakan pelanggan; baharu atau lama dan pengguna Internet mencari konten penulisan jenis tutorial.

Lebih-lebih lagi produk utama perniagaan itu ialah produk kecantikan. 

Konten penulisan sebegini dapat memberi informasi serta penjelasan yang lebih mendalam kepada si pembaca. 

Terutamanya, do’s and don’ts ketika menggunakan produk tersebut. 

Anda perlu tahu bahawa setiap produk yang dijual memiliki cara penggunaan yang berbeza. 

Oleh itu, konten penulisan tutorial ini sangat penting bagi mengekalkan interaksi dan meraih kepercayaan antara penjual dan para pembeli. 

2. Informasi umum

Buat anda yang mungkin tidak tahu, konten informasi umum juga merupakan pencarian terbanyak di Internet. 

Pencarian ini sangat popular terutama dalam kalangan anak-anak muda. 

Mereka lebih tertarik untuk mengetahui maklumat; sama ada ringkas atau lebih mendalam mengenai sesuatu topik. 

Sebagai peniaga atau pemilik bisnes, anda boleh menghasilkan konten penulisan jenis ini untuk menarik pelanggan-pelanggan baharu. 

Untuk penghasilan konten ini, anda perlu fokus kepada bidang kemahiran atau kepakaran anda sahaja. 

Anda boleh klik link ini untuk melihat konten penulisan informasi umum.

Social Media Engagement- 5 Guides for Beginner Digital Marketers

3. Konten perbandingan

Penulisan konten perbandingan telah membuka ruang kepada para pembaca untuk membuat keputusan dengan lebih bijak dan berhati-hati. 

Kita seringkali melihat konten sebegini ketika kita ingin membeli sesuatu produk. 

Sekiranya anda ingin menulis konten perbandingan, anda perlu mengekalkan intonasi natural dan informasi yang lengkap kepada si pembaca. 

Tujuannya adalah untuk memberi informasi kepada bakal pembeli mengenai kebaikan dan keburukan produk tersebut. 

Dengan ini, anda akan memiliki pengguna yang berminat dan percaya kepada produk bisnes. 

Ingat, produk yang berkualiti dan bersesuaian dengan pelanggan ialah kunci utama kepada kejayaan dalam dunia perniagaan. 

Anda boleh melihat contoh konten perbandingan di sini: 

Copywriting Vs. Content Writing: 4 Major Differences You Must Know

4. Slideshare 

Seperti infografik, konten Slideshare lebih fokus kepada penggunaan gambar, statistik, video dan ayat-ayat yang ringkas. 

Slideshare lebih menarik jika dibandingkan dengan konten penulisan. 

Ini kerana penggunaan gambar yang relevan dan video dapat meringkaskan isi penulisan yang panjang berjela.

Cara Buat Website Sendiri dengan WordPress

Untuk bahagian ini, anda akan mengetahui langkah-langkah penting dalam membuat website dengan menggunakan WordPress. 

Terdapat tiga perkara utama dalam membuat website iaitu dengan mendaftar domain, hosting dan WordPress. 

WordPress menyarankan para penggunanya untuk melanggan Bluehost sebagai hosting website. 

Oleh itu, anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari hosting lain ketika membuat website di WordPress. 

Langkah 1: Daftar Domain 

Kebiasaannya, anda boleh membeli dan mendaftar domain ketika melanggan hosting. Tetapi, anda juga boleh membeli domain lain sekiranya ia menawarkan harga yang berpatutan.

Berikut ialah langkah-langkah untuk mendaftar domain website.

  1. Isi nama domain untuk website anda. Elakkan penggunaan nama domain yang panjang dan rumit. 
  2. Pastikan domain tersebut memiliki ciri-ciri keselamatan dan perlindungan privasi. 
  3. Klik “add to cart” untuk meneruskan pembelian. 
  4. Lakukan pembayaran. 

Langkah 2: Daftar hosting 

cara buat website

Seperti yang dinyatakan, WordPress lebih menggalakan pengguna-penggunanya melanggan Bluehost sebagai hosting mereka. 

Untuk itu, ini ialah cara-cara untuk mendaftar hosting

  1. Klik “Get Started” pada halaman utama Bluehost. 
  2. Pilih pelan yang bersesuaian untuk membuat website anda. 
  3. Daftar nama domain yang anda telah lakukan. 
  4. Isi maklumat akaun yang diperlukan.
  5. Lakukan pembayaran. 
  6. Isi kata laluan untuk akaun Bluehost anda. 

Langkah 3: Daftar WordPress

Setelah anda sudah mendaftar kedua-dua domain dan hosting, anda perlu melaraskan (set up) WordPress pula. Ini cara-caranya: 

  1. Masuk ke akaun Bluehost anda dengan mengisi nama domain dan kata laluan.
  2. Masukkan nama website anda. 
  3. Anda boleh pilih website ini sebagai blog ataupun kedai dalam talian. 
  4. Jawab soalan. 
  5. Pilih tema yang bersesuaian.

Cara memasukkan plugin ke dalam WordPress 

wordpress

Pemasangan plugin boleh dibuat di halaman utama akaun WordPress. Anda boleh mengikut langkah-langkah ini bagi pemasangan plugin: 

  1. Masuk ke akaun admin WordPress anda. 
  2. Klik butang plugin di senarai WordPress sebelah kiri. 
  3. Klik “add new”. 
  4. Aktifkan plugin.

Plugin Penting Anda Perlu Ada Dalam Website

cara buat website

Seperti dinyatakan di atas, WordPress ialah pengurusan sistem terbuka (open-source content management). 

Maka, plugin adalah sangat penting kepada pengguna WordPress bagi penggunaan yang optimum. 

Fungsi plugin adalah untuk menambah ciri-ciri atau features di WordPress tanpa memerlukan coding

Antara plugin penting yang perlu ada di website anda ialah Yoast SEO dan Titan Anti-spam & Security. 

1. Yoast SEO 

Plugin Yoast SEO ialah satu keperluan untuk website anda. Ia berfungsi untuk memudahkan pencarian website anda di Internet. 

Dengan ini, pengguna-pengguna Internet boleh mencari website anda di Internet untuk mendapatkan maklumat mengenai perniagaan dan juga produk.

2.Titan Anti-spam & Security 

Plugin Titan Anti-spam & Security pula bertujuan untuk melindungi website anda daripada digodam. 

Selain itu, plugin ini juga dapat melindungi website anda daripada malware dan virus yang dihantar oleh penggodam.  

Plugin WordPress Untuk Perniagaan Anda

wordpress

Anda pasti mahu tahu plugin WordPress yang boleh menaikkan prestasi perniagaan. 

Antara plugin tersebut ialah BigCommerce for WordPress, Ecwid Ecommerce Shopping Cart dan Jigoshop eCommerce. 

a) BigCommerce for WordPress

ecommerce

Plugin ini membuka peluang untuk perniagaan anda berkembang lebih luas di dunia Internet. 

Produk perniagaan anda boleh muncul di akaun sosial media seperti Facebook dan Instagram. 

Bukan itu sahaja, produk perniagaan anda turut berada di platform perniagaan contohnya Amazon dan Ebay. 

Selain daripada itu, plugin BigCommerce for WordPress ini dapat menaikkan shopping spree pelanggan yang membaca website perniagaan WordPress milik anda. 

Cara ini dikenali sebagai e-dagang. 

Anda juga boleh mengenal pasti prestasi perniagaan dan hasil jualan produk. Dengan ini, anda boleh merangka pelan perniagaan dengan lebih terperinci. 

Ini memberi nafas baru kepada anda untuk fokus kepada jenis produk yang dapat menarik minat para pelanggan. 

b) Ecwid Ecommerce Shopping Cart 

shopping cart

Sebagai peniaga kecil, pastinya anda mahukan cara mudah untuk mengendali hal-hal perniagaan. 

Ecwid Ecommerce Shopping Cart amat sesuai dan mudah untuk digunakan bagi perniagaan.  

Apa yang menarik tentang plugin Ecwid Ecommerce Shopping Cart ini? 

Plugin ini boleh dimuat turun di dalam telefon pintar melalui sistem iOS dan Android PlayStore. 

Ini bermakna peniaga-peniaga kecil tidak perlu membeli barangan elektronik canggih sebagai permulaan. 

Mereka juga boleh menguruskan hal-hal perniagaan seperti menganalisis jualan dan mengira kuantiti pembelian dengan lebih mudah dan cepat. 

Tambahan lagi, plugin ini mempunyai penyimpanan tanpa had (unlimited storage) dan menyediakan perkhidmatan backup untuk memudahkan urusan perniagaan.  

Plugin ini juga dapat meluaskan lagi platform perniagaan anda ke Facebook, Amazon, Google Shopping dan Ebay. 

c) Jigoshop eCommerce

ecommerce

Plugin ini mendapat sambutan yang baik daripada peniaga-peniaga yang mempunyai website perniagaan WordPress. 

Ia mudah digunakan dan mempunyai pelbagai features yang menarik. 

Antara features yang menarik ialah rekod stok, penyimpanan rekod tarikh jualan produk, graf jualan dan sebagainya. 

Dengan adanya kemudahan daripada plugin ini, para peniaga dapat membuat analisis mengenai produk dan jualan dengan lebih cermat. 

Jadi, apa pendapat anda mengenai membuat website perniagaan? 

Meskipun ia tampak rumit, membuat website perniagaan adalah jauh lebih baik dan sistematik berbanding jualan di sosial media. 

Selain itu, anda juga boleh menghubungi syarikat digital marketing Bomstart Media. 

Kami menyediakan perkhidmatan e-dagang (ecommerce website service) yang bersesuaian dengan bisnes anda.