Fungsi Menghubungkan Facebook Page & Servis Email Autoresponder Kini Tersedia

Facebook kini membenarkan pemilik Facebook Page mengubungkan page milik mereka dan servis email autoresponder (atau juga CRM – Customer Relationship Management) dengan mudah.

Sepertimana yang kita maklum, data yang diperolehi (email, no phone etc) dari kempen mengumpul leads di Facebook hanya bertahan selama 90 hari. Sekiranya kita tidak export data ini ke tempat lain, ianya akan terhapus secara automatik selepas 90 hari.

Kelebihan fungsi ini adalah;
  1. Fungsi sync – jadi tidak perlu download setiap kali ingin export ke tempat lain
  2. Data adalah selamat- tidak terhapus secara automatik jika terlupa untuk export ke tempat lain
Servis email autoresponder yang disokong buat masa ini termasuklah;
  1. Mailchimp
  2. AWeber
  3. Constant Contact
  4. GetResponse
  5. dan banyak lagi (list penuh boleh dilihat di sini)

Cara-cara menghubungkan adalah seperti berikut;

1. Masuk ke Facebook Page

2. Klik pada Publishing Tools

3. Klik pada Leads Setup

4. Taipkan servis CRM yang ingin anda guna kemudian select. Kemudian butang connect akan muncul. Klik padanya.

5. Pilih form & mailing list kemudian setup apa yang ingin anda export

6. Klik butang Save Form.