Table of Contents
Realitinya, menjual terus kepada semua orang tidak lagi berkesan! Apalagi bagi bisnes ecommerce!
Iklan akan jadi semakin mahal dan mahal. Kita pula akan jadi stress dan mula berputus asa.
Mengapa?
Logiknya mudah. Adakah kita akan membeli sesuatu dari orang yang kita tak pernah kenal?
Cuba hitung semua perbelanjaan harian kita.
Berapa banyak transaksi yang kita buat setiap hari dengan orang yang pertama kali kita kenal?
Makan? Kita makan di kedai yang kita biasa makan.
Beli barangan dapur? Kita beli di kedai/supermarket yang biasa kita beli atau brand nya biasa kita dengar.
Beli online? Kita beli di website yang brand nya sudah kita kenal.
Kita jarang ambil risiko untuk beli dari orang atau kedai yang kita tak pernah kenal / atau brand yang kita tak pernah percaya.
Jadi sudah sampai masanya kita aplikasikan pengetahuan ini kepada bisnes kita pula.
Jualan adalah satu proses & bukan kebetulan !
Dulunya kita fikir, jualan adalah satu kejadian yang kebetulan.
Dengan facebook ads, kita boleh target audience yang kebetulan memerlukan produk yang kita jual dan BOOM!, berlakulah jualan.
Realitinya, hanya peratusan sangat kecil sahaja jualan yang berlaku secara kebetulan.
Jika kita inginkan jualan yang lebih besar, kita mesti memahami proses-proses yang terlibat sebelum berlakunya sesuatu jualan.
Ia dipanggil Customer Journey Marketing (ada banyak istilah lain diluar sana tapi konsepnya sama).
Untuk memahaminya, kita perlu guna satu diagram yang dipanggil Marketing Funnel.
Dalam posting ini, saya akan terangkan macam mana kita boleh guna pengetahuan proses jualan ini ke dalam iklan facebook ads untuk bisnes ecommerce.
Sudah bersedia?
Analogi
Bayangkan ada satu kedai runcit baru di kawasan kejiranan kita. Kedai tersebut bernama Kedai Runcit Rakyat (KRR).
Semasa baru dibuka, semua penduduk di kawasan kejiranan itu berada dalam Top Of The Funnel bagi KRR.
Kemudian KRR mula edarkan flyers kepada penduduk selepas solat jumaat di masjid kawasan tersebut. Flyers tersebut mengandungi copywriting yang memperkenalkan KRR, tuan KRR, peta lokasi KRR dan produk yang dijual di KRR.
Sebilangan penduduk yang membaca flyers tersebut kini berada dalam Middle Of The Funnel bagi KRR.
Ada penduduk yang mula mengunjungi KRR sejurus selepas dari itu.
Mereka melihat produk yang dijual dan melihat harga yang dipaparkan.
Mereka juga ambil kesempatan untuk berbual-bual dan berkenalan dengan owner KRR dan pekerja KRR.
Golongan ini kini boleh dikategorikan dalam Bottom Of The Funnel bagi KRR.
Bagi situasi ini, agaknya golongan mana yang ada kecenderungan paling tinggi untuk membeli di KRR?
Saya pasti tuan puan boleh teka jawapannya.
Top Of The Funnel (TOFU)
Biasanya pada tahap ini, audience masih belum kenal produk kita dan bisnes kita. Audience pada tahap ini juga dikenali sebagai Cold Prospect.
Dengan Facebook Ads kita boleh kenalpasti audience ini dengan cara menapisnya menggunakan interest targeting & audience lookalike.
Pada tahap ini, iklan yang sesuai kepada audience menggunakan objektif Engagement dalam bentuk content, branding & awareness atau boleh juga guna content dalam bentuk video.
Boleh ke nak hardsell kepada cold prospect?
Dari pengalaman saya, ya boleh, ada jualan. Tapi biasanya kos untuk mendapatkan jualan adalah mahal untuk audience dalam kategori ini.
Pastikan apabila kita target audience pada tahap ini, jangan lupa untuk exclude audience lain.
Contoh : Guna Interest Targeting untuk content Video – Exclude Customer Custom Audience , Exclude Audience Hot Prospect, ExcludeAudience Warm Prospect.
Middle Of The Funnel (MOFU)
Pada tahap pertengahan ini, audience biasanya sudah kenal dan suka kepada produk & bisnes kita tapi belum menunjukkan petanda untuk mencuba dan belum menjadi customer. Audience pada tahap ini dikenali sebagai Warm Prospect.
Dengan Facebook Ads, biasanya saya kategorikan semua audience yang pernah like fanpage, pernah engaged dengan fan page, pernah view video, pernah subscribe email, dan pernah layari website sebagai warm prospect.
Kemudian kita boleh buat custom audience untuk semua audience di atas secara satu persatu.
Iklan facebook ads bagi warm prospect yang disarankan biasanya dalam bentuk Soft Selling, Offer (Coupon) & Hard Selling (bila ada irresistible offer).
Seperti biasa, apabila buat iklan kepada warm prospect, jangan lupa untuk exclude audience audience lain.
Contoh : Target warm prospect untuk content story telling customer success story selepas pakai produk – Exclude audience cold prospect, exclude audience hot prospect, exclude customer.
Bottom Of The Funnel (BOFU)
Pada tahap paling bawah ini, audience biasanya sudah percaya dan ingin cuba membeli di website kita.
Audience pada tahap ini juga dikenali sebagai Hot Prospect.
Audience dalam kategori hot prospect ini boleh dikenalpasti melalui kelakuan mereka semasa melayari website kita. Kelakuan mereka ini pula dirakam menggunakan Facebook Pixel yang dipasang di website ecommerce.
Antara kelakuan mereka ialah seperti Add to Cart & memasuki Checkout page tapi tidak membeli.
Bagi audience ini, kita boleh terus buat iklan dalam bentuk hardsell atau offer (untuk memudahkan mereka buat keputusan membeli)
Kita boleh membina audience hot prospect ini menggunakan fungsi Custom Audience bagi Website Traffic di Facebook Ads Manager.
Iklan facebook ads bagi hot prospect pastinya dalam bentuk Hardselling dan Offer (Coupon).
Untuk memudahkan tuan puan faham, konsep penuhnya adalah seperti dalam diagram di bawah.
A/B Split Test
Saya faham. Mungkin ada antara pembaca yang meragui konsep ini.
Jadi saya sarankan tuan puan buat audience mengikut TOFU, MOFU & BOFU di atas, kemudian buat iklan hardsell kepada ketiga-tiga jenis audience tersebut dengan bentuk iklan yang sama, copywriting yang sama menggunakan bajet yang sama.
Saya 100% yakin & percaya, iklan yang membawa jualan dengan ROI terbaik ialah iklan yang menggunakan target hot prospect.
Cabaran untuk Scale up !
Cabaran utama konsep ini ialah, macam mana kita ingin membesarkan audience pada tahap BOFU. Dengan kata lain memperbanyakkan bilangan hot prospect dalam marketing funnel.
Teorinya ialah, semakin besar bilangan hot prospect, semakin banyak jualan yang akan berlaku dengan kos yang paling minimum. Betul?
Insyaallah saya akan sentuh topik tersebut dalam ebook saya yang akan datang iaitu Rahsia Ecommerce Funnels. Tuan puan boleh daftarkan minat di bawah dan saya akan hubungi tuan puan bila ia siap nanti.
[rad_rapidology_inline optin_id=”optin_5″]