Perbezaan Marketing Funnel & Sales Funnel bagi Ecommerce

Sebelum kita bermula, suka untuk saya ingatkan bahawa dalam dunia marketing istilah baru boleh diwujudkan bila-bila masa bagi menerangkan apa sahaja konsep dalam marketing.

Cara saya supaya tidak keliru dengan permainan istilah ini ialah, saya tidak fokus kepada istilah. Saya fokus kepada konsep.

Jangan faham istilah, faham konsep.

Dalam post yang lepas, kita sudah bincangkan dengan panjang lebar berkenaan marketing funnel dan macam mana nak capai setiap audience dalam tahap-tahap berbeza dalam marketing funnel melalui facebook ads.

Jika tuan puan belum baca, saya sarankan tuan puan baca post tersebut terlebih dahulu.

Marketing Funnel

Secara ringkasnya, marketing funnel ialah customer journey dari strangers (tidak kenal apa-apa tentang sesuatu produk atau brand) kepada customer (melakukan transaksi duit untuk mendapatkan produk tersebut).

Proses tersebut pula boleh difahami menggunakan diagram di bawah.

Sales Funnel

Jadi apa pula sales funnel?

Sales funnel ialah proses pembelian yang berlaku di website ecommerce.

Proses ini biasanya tidak dijelaskan secara terperinci dalam marketing funnel.

Untuk memahaminya, sila rujuk diagram di bawah.

Sebab utama kenapa ramai orang tidak menyedari kewujudan sales funnel ialah kerana kita take for granted proses ini.

Kita membiarkan platform ecommerce kita yang sedia ada untuk menguruskan proses close the sale tanpa menyedari atau memikirkan apa yang boleh dibuat untuk menggandakan sales dalam proses ini.

Tapi Zul.. Ini proses membeli. Tak nampak macam funnel pun..

Oh ya, ia juga boleh ditukarkan ke bentuk funnel. Lihat diagram di bawah.

Ini ialah proses membeli biasa dalam mana-mana platform ecommerce.

Tiada siapa yang peduli kepada proses ini selama ini.

It has been taken for granted.

Kini, barulah pemain ecommerce sedar ia mempunyai potensi yang luar biasa.

Potensi luar biasa inilah yang akan saya kupas dalam ebook Rahsia Ecommerce Funnels kelak.

Sales Funnel Adalah Masa Depan

Sales funnel adalah strategi baru yang boleh digunakan oleh mana-mana website ecommerce untuk meningkatkan jualan berkali-kali ganda.

Jika tuan puan sudah baca post 3 cara fundamental untuk naikkan sales sebelum ini, tuan puan akan faham.

Sales funnel adalah strategi untuk meningkatkan average order value (AOV) per customer bagi website ecommerce.

Apa kata kalau kita ubah proses pembelian dari di atas kepada sesuatu seperti dalam diagram di bawah.

Adakah sales akan meningkat walaupun bilangan traffic yang masuk ke dalam website kita tidak bertambah?

Ya sudah tentu!

Produk yang ditawarkan sebagai one time offer mempunyai ciri-ciri berikut :

  • Ianya produk complimentary kepada produk yang ada dalam cart customer. Bayangkan fries dan air coke kepada produk burger yang dibeli di McDonalds.
  • Ianya One Time Offer (pada harga istimewa dan hanya kepada customer itu sahaja)
  • Customer tidak perlu ulang masukkan alamat & payment info. Hanya perlu klik satu butang sahaja.

Sekarang adakah tuan puan setuju dengan saya bahawa Sales Funnel adalah masa depan?

Pada tahun 2006, Amazon mencatatkan kenaikan jualan sebanyak 35% hasil dari strategi ini.

Jika tuan puan ada website ecommerce terutamanya shopify atau woocommerce, saya sangat excited untuk membantu tuan puan mencuba strategi baru ini. Sebelum itu, mohon daftarkan minat untuk ebook saya yang bakal dilancarkan kelak iaitu Rahsia Ecommerce Funnels.

Semoga perkongsian saya kali ini bermanfaat.

Leave a Comment

submit loader