Kategori Produk Apa Yang Paling HOT di Malaysia?

Fesyen? Elektronik? Kosmetik?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlukan data yang realistik.

Apa yang saya maksudkan dengan realistik ialah data yang berasaskan kepada data sales sebenar.

Di Malaysia, kita ada satu event Ecommerce yang terbesar iaitu #MYCYBERSALE.

MYCYBERSALE ialah satu inisiatif oleh MDEC yang dimulakan pada tahun 2014 untuk menggalakkan lagi perkembangan industri Ecommerce di Malaysia. Untuk maklumat lanjut berkenaan MYCYBERSALE, layari https://www.mycybersale.my/about-mycybersale

Setiap tahun, pihak organizer MYCYBERSALE melalui partner media mereka iaitu EC Insider akan mengeluarkan report & analisis sepanjang berlangsungnya MYCYBERSALE.

Jadi hipotesisnya, kita boleh tahu kategori produk apa yang hot di Malaysia menggunakan data yang disediakan oleh mereka.

Menarik?

Analisis Data MYCYBERSALE

Sebelum bermula, saya dapati EC Insider tiada format yang khusus untuk melaporkan analisis MYCYBERSALE.

Setiap tahun, mereka menggunakan cara yang berbeza dan ia menyukarkan kita membezakan data tahun ini dengan tahun-tahun sebelumnya.

MYCYBERSALE 2015

  1. Multi-Category
  2. Travel & Leisure
  3. Fashion
  4. Electronics
  5. Health & Beauty
  6. Services
  7. Book & Media
  8. Kids & Baby
  9. Home & Living
  10. Groceries
  11. Sport & Automotive

MYCYBERSALE 2016

  1. Health & Beauty
  2. Fashion
  3. Electronics
  4. Travel
  5. Entertainment
  6. Baby & Kids
  7. Services
  8. Gifts, Premiums & Sourvenirs
  9. Home & Living
  10. Groceries

 

MYCYBERSALE 2017

  1. Health & Beauty (28.67%)
  2. Fashion (24.27%)
  3. Travel (19.57%)
  4. Groceries (10.42%)
  5. Electronics (5.14%)
  6. Gifts, Premiums & Souvenirs (3.63%)
  7. Books & Media (1.84%)
  8. Electronics Accessories (1.66%)
  9. Baby & Kids (1.16%)
  10. Food & Beverages (0.97%)

Dapatan dari data ini

  1. Kategori paling popular ialah produk dalam kategori kesihatan & kecantikan – Ini juga menggambarkan semakin ramai pemilik bisnes dalam kategori ini yang memasuki arena Ecommerce dan mendominasi carta yang dahulunya dipegang oleh travel, fashion dan electronic
  2. Cuba perhatikan produk dalam kategori Groceries. Ia meningkat agak mendadak bermula tahun 2017.
  3. Ada beberapa kategori produk mula menunjukkan penurunan dari segi sales termasuklah Baby & Kids, Electronics, Home & Living, Services (langsung tiada dalam carta top 10 pada tahun 2017.
  4. Produk yang boleh dikategorikan sebagai “mahal” pada pattern menurun. Mungkin ada kesan oleh penurunan kuasa beli dan ia mendatangkan impak kepada pembelian online produk-produk yang harga lebih mahal seperti Home & Living & Electronics.

Sumber :

Mycybersale 2015

Mycybersale 2016

Mycybersale 2017

Leave a Comment

submit loader