Facebook Mula Memperkenalkan Click-To-Whatsapp Pada Iklan Facebook Ads

Berita baik!

Facebook dilihat mula memperkenalkan butang Click-To-Whatsapp pada iklan Facebook Ads, lapor Techcrunch.

Ini membolehkan kita yang ingin close sale di whatsapp untuk buat iklan Facebook Ads berserta dengan butang direct ke whatsapp.

Apabila prospect klik pada butang tersebut, secara automatik akan membuka aplikasi whatsapp untuk memudahkan mereka terus bertanya soalan dan membeli di whatsapp.

Fungsi ini juga memasukkan sekali post rujukan di facebook yang membolehkan seller untuk kenalpasti iklan mana yang diklik oleh prospect tersebut.

Pada saya ia satu pendekatan yang menarik terutamanya kepada peniaga online yang masih belum mempunyai whatsapp.

Dengan adanya fungsi seperti ini di Facebook Ads, kita tak perlu lagi gunakan service seperti wasap.my untuk buat link ke whatsapp.

Apa komen tuan puan tentang fungsi baru ini?

Adakah ianya akan menaikkan sales tuan puan?

Komen pendapat tuan puan dalam ruangan komen di bawah.

 

 

 

Leave a Comment

submit loader