Cara Rancang Strategi Marketing Untuk Tahun 2018

Strategi Marketing

Ramai yang bergosip, mungkin pada 2018 pasaran akan mula pulih. Harga minyak pada trend menaik, ringgit pada trend semakin kukuh berbanding dollar, dan ekonomi biasanya semakin stabil selepas PRU (disebabkan kurang spekulasi & polemik). Pasaran makin baik atau tidak, tetaplah kita perlu rangka strategi marketing terbaik untuk menghadapi 2018.

Persoalannya, macam mana nak rangka strategi supaya jualan pada tahun 2018 meningkat dari 2017? Macam mana nak confirm yang strategi tersebut akan berkesan?

Saya bertanya soalan yang sama ketika saya di Bookcafe apabila diberi target sales tahun seterusnya. Macam mana nak capai angka sales ni? Atas kertas nampak mudah, tapi praktikalnya tak mudah walaupun ramai yang take for granted.

Oleh kerana saya tak ada sifu waktu tu, jadi saya buat satu hipotesis sendiri seperti ini.

Kalau tahun ni saya buat A + B + C = Dapat jualan nilai X
Tahun depan saya akan buat A + B + C + D = Mesti dapat jualan lagi banyak dari nilai X hasil dari sumbangan pada D.

Logik bukan? Ianya matematik mudah! 

Hipotesis ini pula datang dari frasa “You dont change a winning fomula” dan konsep sama saya belajar dari bola sepak. Jangan tukar kesebelasan utama dan kekalkan formasi yang selalu membawa kemenangan!

Bila ada ilmu sikit, barulah saya belajar kena buat analisis juga rupanya. Antara A, B, C tu, apa yang paling banyak datangkan sales? Fokus & improve dekat situ. Pareto principle. Kemudian baru tambah D.

Jadi sekarang, apakah D bagi bisnes tuan puan? 

Saya cadangkan :
 Kalau belum ada website, buat website & pasang facebook pixel
 Kalau belum ada customer database, buat customer database, kemudian upload ke facebook untuk buat custom audience
 Kalau belum ada email marketing, start buat email marketing – ini cara marketing paling murah dan berkesan
 Kalau belum cuba adwords, cuba belajar dan buat adwords – ramai yang tidak sedar potensi google adwords

Semoga dapat idea sikit dari perkongsian simple saya ni.

1 Comment

Leave a Comment

submit loader