Tips Memilih Nama Brand Untuk Bisnes/Startup/Ecommerce Era Digital

Nama brand adalah amat-amat penting kepada semua bisnes. Ia satu nama yang kita akan bawa dan pakai sebagai lambang identiti dan maruah kita.

Bukan senang untuk menemukan nama yang sesuai dengan mata yang melihat, dengan telinga yang mendengar dengan jiwa yang merasai. Ia umpama mencari jodoh. Susah untuk digambarkan rupanya. Tapi bila ia didepan mata, kita tahu kita berkenan kepadanya.

Jadi bila saya baca buku The Art Of The Start 2.0 yang ditulis oleh Guy Kawasaki, beliau mencadangkan langkah berikut sebelum & semasa memilih nama brand untuk bisnes/startup/ecommerce era digital.

1. Nama domain

Jadi kita sudah ada idea nama apa yang ingin dijadikan brand? Step pertama yang perlu dilakukan ialah semak domain name untuk nama tersebut. Seboleh-bolehnya pastikan domain name .com masih available untuk nama tersebut.

Kesilapan ramai orang bisnes yang tidak celik bisnes gaya digital ialah mereka ambil mudah berkenaan domain name. Padahal ia satu komponen paling utama untuk mana-mana bisnes zaman digital ini.

Jangan nanti apabila bisnes sudah maju dan kita dah mula celik branding baru nak beli domain name. Masa itu nama brand kita telah didaftarkan orang lain untuk dijual kembali dengan harga sangat mahal dan ia sesuatu yang biasa terjadi.

2. Nama di media sosial

Semak juga adakah nama tersebut sudah didaftarkan di mana-mana media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter. Jika belum ada, terus daftarkan akaun menggunakan nama tersebut.

3. Pilih perkataan yang dimulai dengan huruf paling awal dalam senarai alphabet

Satu hari, brand kita akan disenaraikan mengikut senarai urutan alphabet. Jika brand kita dimulai dengan huruf paling awal, brand kita akan berada pada kedudukan teratas list tersebut. Nasib baik BOMSTART bermula dengan huruf “B”.

4. Semak guna google translate

Adakala, nama brand kita membawa maksud yang buruk jika diterjemahkan ke bahasa asing. Dengan membuat semakan terlebih dahulu di google translate, kita boleh mengelakkan perkara ini dari terjadi. Pilih bahasa utama dunia dan pastikan ia tidak berlaku.

Kita pasti pernah terjumpa/terdengar brand luar negara dengan nama yang sangat buruk jika disebut dalam bahasa melayu. Bayangkan kalau mereka ingin bawa masuk brand tersebut ke Malaysia. Pastinya sangat tidak sesuai!

5. Elakkan nama yang dimulai dengan nombor

Elakkan nama yang dimulai dengan nombor samada menggunakan teks atau nombor.

Contoh SATUHAL. Jika kita dengar nama brand tersebut, kita tak pasti apakah ejaannya. 1hal atau satuhal?

6. Pilih nama yang ada potensi untuk dijadikan kata kerja (verb)

Contohnya google. Google telah menjadi brand yang digunakan sebagai kata kerja.

“Tak tahu maksud ABCD? Google lah!”

“Tak tahu nak buat Digital Marketing? Bomstart lah!”

Okay, yang last tu bergurau 🙂

7. Semak nama di SSM

Boleh semak nama di SSM sebelum kita daftarkan syarikat menggunakan nama yang sama dengan nama brand yang kita tetapkan di atas.

Boleh semak di : https://www.ssm-einfo.my/

Sebenarnya bagi brand BOMSTART ini, saya telah membuat kesilapan dalam memilih perkataan “BOM”. Rupanya SSM tak benarkan menggunakan perkataan tersebut sebagai nama syarikat. Jadi saya terpaksa menggunakan nama BMST Digital Marketing sebagai nama syarikat saya.

Jadi, pastikan benda simple ini jangan terjadi kepada tuan puan.

Berminat nak tahu tentang servis digital marketing Bomstart Media, klik sini sekarang.